Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Wednesday, December 15, 2010

Tukar Tajuk a.k.a Tinta Terakhir Buat Kali Ini.

Assalamualaikum.Kaifa halukum??lama tak bertinta disini,oh rindu pada blog kian menyengat,apatah lagi blog ini akan ditinggalkan buat selama-lamanya sekurang-kurangnya setahun.PMR sedang memburu kami.Jadual belajar udah siap,tinggal ikut aja,huuPenulis sedang berusaha untuk istiqamah dengan perubahan yang dibuat sempena tahun baru ni.Kepada yang baik hati,sila support.

By the way,hari ni ana ada join satu survey buat blogger yang...err...ada blog(of courselah ada blog,haish!)But as you can see,ana tarik diri sebab certain question ana takde jawapan yang  sebenar.Takkan nak menipu plak,tak aci.So,let's check it out.Survey ni dianjurkan oleh http://mahamahu.blogspot.com (nama pemilik blog ni tidak diketahui,tetapi sekalung penghargaan buat Encik Mahamahu sebab sudi jemput ana untuk join survey ni.Klik Sini untuk maklumat lanjut ye.

Kepada sesiapa yang nak join survey ni,dipersilakan.Para blogger dijemput bagi memeriahkan suasana hari raya 


Since hari ni mungkin lastday untuk ana mengonlinekan diri memandangkan lepas ni perlu concentrate pada study pula,jadi di kesempatan ini ana ingin memohon maaf andai pernah terkasar bicara bahasa,atau mungkin pernah menyakiti hati sesiapa sepanjang ana berblogging di dunia maya ni. *mood formal sedang galak menguasai diri*


Kepada semua ahli blogger bakal form 3 2011,sudah belek buku belum?Mood malas sedang berkobar-kobar menguasai diri hina ini ,tetapi atas dasar kesedardirian yang tak berapa nak tinggi bahawasanya ana yang bernama Nurul Sabrina Syarfa binti Zakaria no. giliran sekiansekiansekian *skip this part* bakal menghadapi PMR pada tahun hadapan,jadi adalah sebaik-baiknya jika ana mengambil langkah selamat dengan tidak mengonlinekan diri lagi buat masa sekarang *kejam bunyinya buat diri ini yang sudah diketahui ramai sangat suka online*


Hari ni,9 Muharram,Hari Tasu'a yang terakhir,esok Hari Asyura.Semoga diri ini diberi kekuatan oleh Allah untuk beribadah lagi pada hari esok.Sedikit halwa hati sebelum ana meninggalkan dunia maya ini buat seketika waktu.

Sedikit Mengenai Hari As-Syura


Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar.

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Puasa hari Asyura ialah puasa sunat pada hari ke sepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: "Ini adalah hari Asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barang siapa tidak mahu berpuasa maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari)

Kelebihan berpuasa di hari Asyura sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata: Maksudnya: "Dan ditanya Rasulullah s.a.w. tentang berpuasa pada hari `Asyura'? Maka Baginda s.a.w. bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim)

Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari Asyura, berpuasa pada hari Tasu’a iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata: Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyura dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Ya Rasulullah! Bukankah hari Asyura itu hari yang di agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan" Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim)

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu’a (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek:

1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan buatlah perbezaan padanya dari orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”. (Hadits riwayat Ahmad)

2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari Asyura kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.

3. Bagi maksud menyambung puasa hari Asyura dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah s.a.w. berpuasa satu hari sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari Asyura. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301)

Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari Asyura tanpa berpuasa pada hari Tasu’a, supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafie menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu’a), kesepuluh (Asyura) dan kesebelas bulan Muharram.
 (dipetik daripada blog Tinta Haramain)


tambahan

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم


daripada Ibnu Abbas ra berkata: ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah ! sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara. maka Baginda bersabda : “sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram)”… (Riwayat Imam Muslim)


purple pearls
Jadi sekadar itu sahaja buat hari ini.Di kesempatan ini juga ana ingin memohon jasa baik daripada entum agar mendoakan kejayaan kami dalam peperiksaan PMR,SPM serta ujian-ujian lain yang sewaktu dengannya yang bakal kunjung tiba.Buat sahabat-sahabat yang telah mendahului kami dalam ujian-ujian ini,semoga entum mendapat keputusan yang cemerlang,InsyaAllahKalau rajin,tolong-tolonglah vote ana sekali dalam BPM ya,syukran. Last words,Selamat Suburkan Iman , ya Ikhwan Wa Akhowat 


With love,
 

Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum WBT.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

1 comment: