Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Wednesday, December 15, 2010

Tukar Tajuk a.k.a Tinta Terakhir Buat Kali Ini.

Assalamualaikum.Kaifa halukum??lama tak bertinta disini,oh rindu pada blog kian menyengat,apatah lagi blog ini akan ditinggalkan buat selama-lamanya sekurang-kurangnya setahun.PMR sedang memburu kami.Jadual belajar udah siap,tinggal ikut aja,huuPenulis sedang berusaha untuk istiqamah dengan perubahan yang dibuat sempena tahun baru ni.Kepada yang baik hati,sila support.

By the way,hari ni ana ada join satu survey buat blogger yang...err...ada blog(of courselah ada blog,haish!)But as you can see,ana tarik diri sebab certain question ana takde jawapan yang  sebenar.Takkan nak menipu plak,tak aci.So,let's check it out.Survey ni dianjurkan oleh http://mahamahu.blogspot.com (nama pemilik blog ni tidak diketahui,tetapi sekalung penghargaan buat Encik Mahamahu sebab sudi jemput ana untuk join survey ni.Klik Sini untuk maklumat lanjut ye.

Kepada sesiapa yang nak join survey ni,dipersilakan.Para blogger dijemput bagi memeriahkan suasana hari raya 


Since hari ni mungkin lastday untuk ana mengonlinekan diri memandangkan lepas ni perlu concentrate pada study pula,jadi di kesempatan ini ana ingin memohon maaf andai pernah terkasar bicara bahasa,atau mungkin pernah menyakiti hati sesiapa sepanjang ana berblogging di dunia maya ni. *mood formal sedang galak menguasai diri*


Kepada semua ahli blogger bakal form 3 2011,sudah belek buku belum?Mood malas sedang berkobar-kobar menguasai diri hina ini ,tetapi atas dasar kesedardirian yang tak berapa nak tinggi bahawasanya ana yang bernama Nurul Sabrina Syarfa binti Zakaria no. giliran sekiansekiansekian *skip this part* bakal menghadapi PMR pada tahun hadapan,jadi adalah sebaik-baiknya jika ana mengambil langkah selamat dengan tidak mengonlinekan diri lagi buat masa sekarang *kejam bunyinya buat diri ini yang sudah diketahui ramai sangat suka online*


Hari ni,9 Muharram,Hari Tasu'a yang terakhir,esok Hari Asyura.Semoga diri ini diberi kekuatan oleh Allah untuk beribadah lagi pada hari esok.Sedikit halwa hati sebelum ana meninggalkan dunia maya ini buat seketika waktu.

Sedikit Mengenai Hari As-Syura


Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar.

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, "Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

Puasa hari Asyura ialah puasa sunat pada hari ke sepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: "Ini adalah hari Asyura dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barang siapa tidak mahu berpuasa maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa)." (Hadits riwayat Bukhari)

Kelebihan berpuasa di hari Asyura sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata: Maksudnya: "Dan ditanya Rasulullah s.a.w. tentang berpuasa pada hari `Asyura'? Maka Baginda s.a.w. bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim)

Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari Asyura, berpuasa pada hari Tasu’a iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata: Maksudnya: "Dahulu, ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyura dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Ya Rasulullah! Bukankah hari Asyura itu hari yang di agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan" Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah pun wafat." (Hadits riwayat Muslim)

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu’a (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek:

1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari Asyura (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan buatlah perbezaan padanya dari orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”. (Hadits riwayat Ahmad)

2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari Asyura kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.

3. Bagi maksud menyambung puasa hari Asyura dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah s.a.w. berpuasa satu hari sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari Asyura. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301)

Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari Asyura tanpa berpuasa pada hari Tasu’a, supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafie menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu’a), kesepuluh (Asyura) dan kesebelas bulan Muharram.
 (dipetik daripada blog Tinta Haramain)


tambahan

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم


daripada Ibnu Abbas ra berkata: ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah ! sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara. maka Baginda bersabda : “sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram)”… (Riwayat Imam Muslim)


purple pearls
Jadi sekadar itu sahaja buat hari ini.Di kesempatan ini juga ana ingin memohon jasa baik daripada entum agar mendoakan kejayaan kami dalam peperiksaan PMR,SPM serta ujian-ujian lain yang sewaktu dengannya yang bakal kunjung tiba.Buat sahabat-sahabat yang telah mendahului kami dalam ujian-ujian ini,semoga entum mendapat keputusan yang cemerlang,InsyaAllahKalau rajin,tolong-tolonglah vote ana sekali dalam BPM ya,syukran. Last words,Selamat Suburkan Iman , ya Ikhwan Wa Akhowat 


With love,
 

Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum WBT.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Monday, December 13, 2010

Air Mata Tidak Selamanya Abadi

Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian ‘anggota’ manusia, ketidaksempurnaan pula ada ‘nama timangan’ mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang lagi dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang. 

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Wallahualam

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.





Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum WBT.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Sunday, December 12, 2010

My 15

Assalamualaikum.
Second post of the day,nak siapkan tag daripada Cik Titi tersayang =)

Contest anjuran Akhi Qarl(Mohd Haiqal)

kite harus listkan 15 perkare pasal kite dan setiap nombor mesti ade item atau gambar yg disertai  :)
  
 Logo contest .




1) First of all,my mama and papa,they are everything for me,love ya infinity times!! <333




2) Next.Classmates,dalam perjuangan yang sama,memburu kejayaan.


3) Nature lover.



  
4)Beloved blog!


5) Choc lover <33 nyum!!


6) Duk mengidam benda ni  =.="
7) Aww!Ayam goreng <33 (gaya Ipin) I like


8) Islam is my way of life! <33

 


9) Novel yang paling ana sayang.No other,Al Quran





10)Wish I could be a part of the Robinsons *ngarut3*


11)Usrah SS501,one love,one ukhuwah <33



12) Pink addicted,kekadang =p


13) Sedang berusaha untuk menjadi seorang yang rajin membaca =.="

14) forever love,idolaku,insan agung sepanjang zaman.


15) Yang tertutup itu indah.Go hijab!Go!! I love hijab.

Tagged 3 orang blogger lain :-

- Alya
- Atiqah
-Sape-sape jelah

Wallahualam Bissawab.
Assalamualaikum.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Kempen Blog Pilihan Malaysia Bersama Ben Ashaari

Assalamualaikum.


Alhamdulillah,Allah masih memanjangkan usia ana untuk bertinta disini.Kaifa halukum,wahai readers yang dikasihi sekalian.*jadi peramah tetibe*


Kepada peserta blog baru pilihan Malaysia,entum boleh tengok sini untuk check blog entum,tersenarai atau sebaliknya.Kepada yang tersenarai tu,tahniah!Selamat mempromosikan blog =D.Kalau baik hati,undilah ana sekali!! =))



Untuk ke blog akhi Ben tekan SINI

Syarat nak join adalah seperti berikut :

1) Letak header Ben Ashaari - Suda bos !
2) Tajuk Kempen BPM bersama Ben Ashaari - Suda !

3) Kenape anda sertai contest ini Blog Pilihan Malaysia ?
Saja-saja,timba pengalaman baru =)

4) Kenape anda rase anda layak diundi ?
Wallahua'lam.Untuk menyemarakkan lagi semangat untuk berblog,mungkin.
Majulah BLOG untuk negara =DD

5) Ceritekan serba sedikit tentang latar belakang blog anda .
Lahir pada 20 November 2009,namun telah didelete dan kesemua postnya telah diimport ke blog yang baru(sekarang) pada pertengahan tahun ni.menggunakan quote 'Something To Share',penulis berharapan agar dengan penciptaan blog ini,ana mampu mencoret kisah-kisah serta berkongsi ilmu buat seantero penghuni dunia blogger =)


disini ana berbesar hati nak sertakan banner buat diri sendiri,jangan lupa undi,ye =D
 Arigatou!!

Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum WBT.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Thursday, December 9, 2010

Special Post for Cik TITI dan Cik Haslyna Sayang.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,masih boleh bertinta disini.
First of all,nak ucapkan SANAH HEWAH buat Cik Thirah [9/12/2010] dan Cik Haslyna [10/12/2010]
Semoga sentiasa berada dibawah lembayung rahmat,mawaddah wa rahmahnya,akhowat =)

*ni kek untuk enti berdua.kongsi neyh*
 Chocolate Cream Cake
Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum WBT.
Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

BlogLarian

Assalamualaikum Wbt.
Alhamdulillah,hari ni dapat tag daripada cik Thirah,syukran dear.=)


1) Pastikan ada Banner BlogLarian []
2) Jadi Follower BlogLarian []


3) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)[]
~saya suka berblogwalking kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan,kenalan serta mengisi masa lapang.

4) Tag 3 orang rakan atau lebih[]
-1 ummah,Hani,Fifiey


5) Beritahu rakan tag anda tentang BlogLarian[]


6) Akhir sekali Masukkan tajuk dan link en3 tadi dalam komen ini bersama tajuk blog untuk disenaraikan[]

Okey,sudah.
Alhamdulillah.

Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Monday, December 6, 2010

Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi


Assalamualaikum.

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.





______________________________________
Doa yang di copy daripada blog Tok Esah.



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum WBT.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Blog Baru (2010) Pilihan

Assalamualaikum.
Second post of the day,first of all,I would to thank my beloved  TIen-Shan sebab sudi jemput ana  join untuk kategori Blog Baru Pilihan 2010.Thank you,dear.Love ya!!<33


 Link blog BPM : BPM

 Tarikh entry pertame saye beserte link :First Time Blogging,Tapi Tengah Sedih pade 20 November 2009 . Blog ni wujud pade hari yang sama  T.T,tetapi telah didelete pada pertengahan tahun ni,dan kesemuanya telah dipost ke blog yang baru,sebab tu bila entum tengok entri kat blog ni,start daripada tarikh 20 November 2009.Blog lame buat hal,pening eden memikirkannya.=(

Jadi,kepada sesiapa yang berminat nak join sekali,anda dijemput.Jom masuk ramai-ramai,baru meriah!!and don't forget to vote me,keyh...

Okey,that's all.
Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum WBT.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Award Daripada Cik Pipiey!!

Assalamualaikum.
Lama tak bertinta disini,
sibuk ngarang cerita dongeng(time-time nk exam PMR ni ar ye jadi rajin tetibe nak wat citer.HUU~)
Alhamdulillah,rezeki,rezeki ^^.

Award daripada Fifiey



1. Berikan satu nickname untuk saya. (pemberi award)
2. Ucapan untuk pemberi award.
~> Arigatou,cik Tofu!Aishiteru!!
3. Listkan 6 artis/band/group yang korang minat.
~> UNIC
~> Devotees
~> Maher Zain 
~> SS501
~> Shoutul-SHAMS(sokonglah barangan buatan sekolah sendiri)
~> Westlife

4. Bagi award ni kepada 10 blogger yang mempunyai blog yang cantik dan cun.
~>Part paling malas.Sape-sape yang teringin nak award ni,sila ambik.Jangan malu-malu =)

Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum WBT.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)