Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Friday, October 15, 2010

*untitled*

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,masih diberikan kudrat oleh yang Maha Esa.

Angin bayu bertiup lembut di pagi hari,menyapa mesra sekujur jasad yang semakin hari semakin dekat destinasinya menuju kembali pada Sang Pencipta.Tak dapat dinafikan, kematian itu adalah satu kepastian bagi setiap makhluk ciptaan Tuhan.Lari daripadanya adalah mustahil dilakukan.

Walau sejauh mana sekalipun kita lari,kematian itu tetap akan kita temui,tepat pada masanya.Tidak akan mampu diawalkan mahupun dilewatkan walau sesaat sekalipun.Tetapi soalannya,adakah kita sudah cukup bersedia untuk menghadapinya?

Mungkin tanpa kita sedari,setiap hari iman kita berkurang dan bertambah.Oleh itu,bajailah iman kita.

Okey,kembali kepada tujuan asal ana berblogging hari nie adalah untuk memaklumkan bahawa ana tak akan berblogging lagi selepas nie memandangkan final exam bakal menjengahkan dirinya kedalam hidup kami, para pelajar.

Di kesempatan ini,ana ingin memohon maaf andai pernah terkasar bahasa mahupun ada keterlanjuran yang menghiris perasaan antum,sahabat-sahabat seperjuangan serta penziarah blog nie yang dikasihi sekalian. Doakan kejayaan kami dalam peperiksaan yang just around the corner nie.



Ya,betul tu.Perjalanan hidup nie masih panjang.Dan sudah semestinya menagih pengorbanan.Moga Allah permudahkan perjalanan kita dalam menuntut ilmu.

Man jadda wa jada,wa man zara'a hasoda-Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya...

Kepada sahabiah-sahabiah yang tercinta lillah sekalian,ana nak ucapkan...
Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT... 

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

No comments:

Post a Comment