Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Saturday, September 18, 2010

Award Buka Sekolah...

Assalamualaikum...
Wahh,hari nie ana secara banggenyer telah mengambil satu award daripada Fifiey.Ni dia.......^_^


== Apa perasaan anda sempena sekolah dah bukak nii ?
Happy!!!dan berdebar sebab final exam bakal menjelma.kena study!!!!
Okey,tu jer...=)
Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Monday, September 13, 2010

Palestin Menanti Nafas Cinta Kita...

“23…23…. Muhammad Ramadhan!”,Garau sedikit suara yang dimiliki oleh Dr. Muhammad Ridha. Kebiasaannya pelajar akan diberi nombor kehadiran oleh para pensyarah untuk diambil kedatangan mereka , ini memudahkan para pensyarah untuk mencatit kehadiran dengan cepat.

“Ya saya…maaf doktor”,Terkejut , dia menjawab dengan kelam kabut.

“Kamu fikirkan apa? Ingat katil di rumah kah?”,Gurau doktor , mengusik pelajarnya yang termenung itu. Satu kelas tertawa.

Tidak sepertimana biasa , doktor pada hari ini tidak mengajar sepertimana biasa . Subjek dunia Islam yang menjadi subjek elektif itu digantikan dengan pengisian rohani.Sepanjang waktu , doktor memberi tazkirah mengenai bulan Ramadhan , mungkin kehangatan bulan mulia ini sudah mula dirasai. Pengajaran , kemuliaan dan hikmah bulan Ramadhan diceritakan dengan penuh semangat agar pelajarnya dapat mengambil iktibar dan persediaan sebelum menempuh bulan suci ini.

“Muhammad Ramadhan , kamu sudah bersedia belum untuk Ramadhan ini?” Mungkin pertanyaan doktor itu sengaja diberikan pada dia , kerana namanya barangkali.

“Insyallah , erm.. doktor boleh saya tanya sesuatu? ” serius nadanya. Pelajar lain mula menumpukan perhatian pada beliau.

“Apa pandangan doktor tentang suasana Ramadhan di Palestin ? ketika saudara-saudara kita menggadai nyawa di sana dalam suasana Ramadhan yang tidak pernah aman hampir 50 tahun,kita disini bakal berpuasa dengan selesa dan aman? , Bukankah bulan suci ini kita digalak membantu mereka yang kesusahan?” Tegas soalannya bak orangnya.


“Apa yang kamu cakapkan ini ? kau tak pernah bersyukur duduk disini menikmati keamanan?” Sampuk Ahmad Ali , garang wajah pelajar Jordan seorang ini. Jiwa nasionalisnya cukup kuat.

Abdullah yang duduk di sebelah mencubit peha kiri Muhammad Ramadhan dan tangkas berbisik , “Kau nak mati ke tanya soalan macam ini?..” , kelas jadi riuh , ada yang memprotes soalan tadi , ada yang hanya menjadi pemerhati.

“Diam semua…!” , Sedikit naik suara Dr. Ridha , “Saya harap kamu semua bertenang dan berbaik sangka atas soalan beliau tadi , mungkin maksudnya tentang bagaimana membantu orang didalam kesusahan di bulan Ramadhan , betul tidak?” Tajam mata Dr.Ridha memandang ke anak mata Muhammad Ramadhan , sesuatu yang tersirat lahir di anak mata Dr.Ridha.

“Ermm..Itulah maksudnya yang sebenar doktor..tiada yang lain..”Abdullah menyampuk mengiakan kata-kata doktor tadi,mahu membantu sahabatnya yang seorang ini. Muhammad Ramadhan hanya diam.

Jam tepat 12.30 tengahari , ini tandanya kelas sudah tamat.

“Baiklah kelas , kita kesuntukan masa , jika ada ruang kita akan sambung esok” , Dr.Ridha berdiri dan terus berjalan ke kerusi Ramadhan , “Kamu ke bilik saya petang nanti..”, Bisik Dr.Ridha dan kemudian meninggalkan kelas.

Abdullah mengajak Muhammad Ramadhan untuk terus ke beredar dari kelas , bimbang Ahmad Ali si “wira Nasionalis” itu membuat onar.

“Kau ni , semangat pun biarlah bertempat , kita bukan di tanah air kita …” Nasihat Abdullah.

“Mereka takkan faham dan mereka memang tak akan faham , Wira nasionalis konon!” Bentak Muhammad Ramadhan , tanda tidak berpuas hati dengan keadaan tadi.

Jelas terpancar kekecewaan Muhammad Ramadhan tentang perkara ini . Masakan tidak , sepatutnya bangsa Arab Islam lebih mengerti dan lebih faham tentang perjuangan mempertahankan bangsa seagama mereka yang berkorban di bumi Isra’ itu , ini tidak , bukan dibela , malahan di cerca lagi.

Penyakit hati apakah yang sudah menutup pintu hati kemanusiaan mereka ini ? , Terlena dengan buaian syair bangsa hingga lupa teriak tangis manusia yang tidak berdosa , bangsa seagama mereka.


PERJUANGAN YANG TIADA NOKTAH.


“Saya faham perasaan kamu , saya juga tahu penderitaan bangsa kamu …ermm…bangsa kita”, Lembut suara Dr.Muhammad Ridha , barangkali mahu menenangkan perasaan anak muridnya yang seorang ini.

“Inilah yang membuatkan saya menjadi pendidik di sini , jika mata-mata mereka sudah ditutup dengan perjuangan ini , sudah menjadi tangunggjawab saya untuk membuka mata-mata mereka untuk menyedari isu ini,kalau pun bukan dari kaca mata bangsa dan agama , kita perjuangkan melalui kesedaran kemanusiaan..” , Nampak tenang suara beliau , namun wujud ketegasan di wajah beliau.

“Tapi doktor saya kecewa dengan mereka … saya mahu perjuangan ini diperjuangkan..!!” Muhammad Ramadhan melahirkan kekecewaan yang teramat sangat , merah mata beliau.

“Ramadhan… perjuangan ini tidak akan berakhir hingga hari qiamat , kamu sudah lupa Janji Allah dan Rasul-Nya mengenai tanah lahir kamu? , Jika kamu hatta saya sekalipun terlalu emosi untuk memperjuangkan isu ini , sampai bila kita akan berbalah sesama kita? Kesedaran dan hikmah perlu kamu teliti” sedikit tegas suara pensyarah di awal 50an ini cuba memahamkan anak muridnya yang masih muda ini. Beliau faham , pelajarnya yang seorang ini punya semangat yang tidak pernah luntur.

“Ss..ssaya Cuma teringat keluarga saya…” Air mata Muhammad Ramdhan sudah menitik dari belahan merah matanya. “Saya teringat pada mereka , sampai sekarang saya masih rindu pada mereka,rejim Yahudi memang bukan manusia, pembunuh!!”, Sedih , kali ini air matanya cukup deras , dia tidak mampu menahan kepiluan hati.


Dr.Muhammad Ridha , berdiri dan pergi ke kerusi pelajarnya itu lantas memeluk dan menenangkan hati anak muda yang terluka itu , “Kamu jangan menangis lagi , kamu ada saya yang sentiasa bersama-sama kamu , kamu ada ribuan hatta jutaan manusia yang akan sama-sama memperjuangkan bumi barakah kita”. Pertemuan petang itu memberi satu kekuatan buat Muhammad Ramadhan dan juga menjadi satu azimat perjuangan buat Dr.Muhammad Ridha untuk terus berbakti pada perjuangan luhur ini.

Darah jihad ini tetap akan mengalir , seperti lajunya titisan darah pejuang-pejuang syahid di medan sana.

NAFAS INI SEBAGAI JANJI
15 tahun lalu….Ramadhan 1414

Ketenangan dan suasana awal Ramadhan di perkampungan Uzair pada pagi itu sungguh aman dan nyaman. Anak-anak kecil berlari-lari gembira , deretan anak-anak muda di tepi-tepi jalan utama menuju ke sekolah agak ramai , kumpulan ibu bapa menunaikan tanggungjawab mereka menuju ke tempat kerja , ada yang menjadi guru , ada yang bercucuk tanam , ada yang mengembala kambing biri-biri.

Namun siapa tahu , hari itu juga menjadi titik hitam buat diri Muhammad Ramadhan. Keamanan yang terhad bagi bulan suci ini untuk dinikmati penduduk kampung dikotori lagi dengan bedilan-bedilan kejam pembunuh tanpa kemanusiaan ini.

Kerap kali anak kecil ini mendengar bunyi bedilan dan beliau tidak pernah gentar dengan bunyi itu , kehidupannya jauh berbeza dengan anak-anak yang sebaya umur dengannya di tempat lain. Bilamana mendengar bunyi yang “mengerikan” itu , mereka sekeluarga akan berdiam diri didalam rumah. Kematian sanak saudara dan kawan-kawan seperti kisah biasa dalam kehidupan mereka.

Anak kecil itu yang hanya melihat kelibat ayahnya dan abang sulungnya berlari menyelamatkan diri di luar rumah tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menangis sahaja , pagi itu hanya anak kecil itu dan ibunya berada di rumah.

Pamm!! Pamm!! Tembakan itu tepat terkena kepala ayah dan abangnya , kedua-duanya rebah Syahid di hadapan rumah usang itu , kedua-dua mata anak ini menjadi saksi pembunuhan kejam yang dilakukan ke atas ayah dan abang kesayangannya , teriakan anak kecil ini makin kuat , si ibu kelam kabut mendapatkan si suami dan anaknya yang bergelimpangan berlumuran darah itu dan anak kecil itu dibiarkan didalam supaya tidak keluar.

Tatkala sang ibu meratap dan cuba meminta pertolongan untuk suami dan anaknya , tembakan dari penembak tepat Yahudi laknat ini , tepat mengenai belakang wanita tua itu , Ummu Ahmad rebah dipangkuan suaminya , ketiga-tiga ini sedang menuju menanti syahid yang agung!

Anak kecil itu tidak mampu menahan dan melihat perkara ini , dia berlari mendapatkan keluarganya yang terbaring menanti syahid…deras air mata anak ini.

“Ibu…ibu…. Jangan tinggalkan saya!!..” teriak anak kecil yang belum mampu megerti apa-apa tentang pembunuhan yang tragis ini.

“shhh…jangan nangis anak ku..ibu pergi sekejap saja…kita akan berjumpa nanti..ibu..ayah…abang sayang kamu…Allah….Allah…” , Si ibu ini mengusap kepala anaknya itu , usapan ini tanda kasih dan sayang ibu buat anaknya dan kemudiannya si ibu diam..diam untuk selamanya , langit Syuhada’ terbuka luas untuk Syahid ini.

Anak kecil itu terus menangis , dia tidak tahu apa yang berlaku. Yang hanya dia tahu , keluarganya dan kehidupan kecilnya.

Tentera laknat zionis itu berundur dengan megahnya. Hari itu , mereka sudah melaksanakan misi mereka , meratah tubuh-tubuh umat Islam yang tidak berdosa.

Tidak lama selepas itu , anak kecil itu dibawa berhijrah ke Jordan oleh bapa saudaranya, mungkin tanah itu selamat untuk anak kecil dan sehingga ini anak kecil itu tidak pernah pulang ke tanah itu lagi.

Muhammad Ramadhan tersedar dari nostalgia lalu. Air mata mengalir..rindu pada ibu , ayah dan abangnya..

Mentari senja jatuh dengan begitu indah petang itu , Ramadhan masih lagi duduk di celah batuan besar tepi bukit Iraq melihat dengan dekat sempadan dua tanah di timur tengah ini.Agaknya dia masih leka bermain dengan perasaan dan nostalgianya senja itu , ada suatu yang cuba diwarnakan di liang khayal dan fikirannya.

Lagi 5 hari lagi bulan ramadhan akan menyapa umat Islam sedunia , pelbagai persediaan telah dilakukan di merata tempat. Namun bagi yang bernama Muhammad Ramadhan ini , ada sesuatu yang beliau simpan di semat hatinya , kedatangan Ramadhan setiap tahun pasti mengingatkan dia dengan sebuah cerita yang tidak akan dilupakan dalam dirinya.

Ramadhan kali ini beliau bertekad….

Beliau akan pulang ke tanah itu , mencari cinta dan secebis sayang yang lama dinantikan.Rindunya untuk mencium bau-bauan syuhada’ makin mendalam.Cinta pada tanah perjuangan ini tidak akan hilang sampai mati.

Dia akan terus menanti nafas cinta ini.

“Ibu..ayah…abang… Ramadhan akan pulang…….”



Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Monday, September 6, 2010

Fadhilat Solat Tarawih

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah,dipanjangkan umur olehNya untuk bertinta lagi disini sejak tapak ini berubah wajah.InsyaAllah hari nie ana nak kongsikan fadhilat-fadhilat solat tarawikh.Walaupun Ramadhan sudah berada di penghujungnya dan perjalanannya bakal disambut oleh Syawal bulan keraian,rasanya masih belum terlambat untuk berkongsi ilmu yang ada di dada...


Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan 
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


 Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan 
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

 Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Diharapkan agar Ramadhan yang tinggal hanya beberapa hari lagi ini dapat kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya.Terangi musolla-musolla pada malam-malamnya dengan ibadah terawih.Semoga ibadah-ibadah kita pada Ramadhan kali ini diterima an diberkatiNya.InsyaAllah.Aminn...

Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)