Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Friday, July 30, 2010

Huhu,Sudah Balik...

Assalamualaikum...
Mesti korang tertanya-tanya kan apa yang sudah balik tuu???
Huhu,my kakngah sudah balik kolej...Busy betul dia kebelakangan nie...

Jurusan yang dia ambil iaitu IJAZAH SARJANA MUDA REKABENTUK PERINDUSTRIAN memang tak berapa nak memungkin dia untuk berehat lama dirumah.Assignment tak berapa nak kelihatan lagi,tapi melukis memang dah jadi rutin hariannya.Dia tidur kat meja belajar sebab duduk melukis gambar kartun pun ana tak hairan.


Kelmarin baru balik rumah,hari nie dah kena balik kolej semula.Nak kena hantar borang ape tah.Lepas tu kena buat projek reka pepatung...Biasa lar tu bagi jurusan dia...


Tapi sebagai seorang adik yang sentiasa merindukan kasih sayang seorang kakak,dah tentu diri nie tak nak kasi dia balik kat sana semula.Ditambah pulak sejak kaklong ngan dia masuk kolej,secara tak rasminya ana jadi anak sulung.Huhu...Tapi takdir Tuhan tiada siapa yang boleh menghalang.Diri ini memujuk sendiri,yakin itu adalah yang terbaik...


Biarlah dia belajar dulu,ye tak???Lepas nie boleh bermanja-manja semula...Hmmm...
Exam bakal menjengah tanggal 8 Ogos nie...Tepat pada hari lahir kakngah ana.Persediaan diri nie rasanyer macam masih belum cukup.Nak kena strive lagi.Mesti banyak usaha lagi.Yang penting, usaha,doa wa tawakkal...Kita sebagai manusia hanya mampu merancang,Allah yang akan menentukan yang terbaik buat kita...


Andai berjaya,Alhamdulillah...Andai kecundang,tetap Alhamdulillah...Segala sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya...Yang penting,tingkatkan usaha untuk berjaya lagi pada masa hadapan.Gagal sekali tidak bereti gagal selamanya...


Kepada semua ikhwan wa akhowat di bumi SHAMS yang penuh barakah serta sahabiah-sahabiah di madrasah yang lain, ATAMANNA LAKA ANNAJAH... Semoga berjaya dalam peperiksaan yang bakal kunjung tiba...Amin... InsyaAllah...

Tingkatkan usaha,dan serahkanlah kepada Allah segala-galanya...

Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...
Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Interesting Blog Award?Err, Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Oh,lame tak update blog,hutang pun bertimbun semula...Hutang blog,faham-faham jelah apa yerk.. Sementara ada sikit lagi masa terluang sebelum exam nie,baik dilangsaikan dulu hutang nie...


 thank and link the person who tagged you .
 Fatin Athirah Azmi The Pinkish Girl!!!
http://fatinathirahazmi.blogspot.com/

 tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic .
 hamba Allah
ahli blogger
 sesiapa yang mempunyai blog
 seorang manusia
 Err,ada nama >.<
 huhu,tak tau
 masih tak tau...
 TIDAK TAHU!!!!!
 ???*penulis tidak tau!!!
 Oh,pengunjung blog nie...
 ???
 kepeningan melanda diri,tak tau!!!!
 no comment...
 manusia....
 semua Fifiey amek dah.Ana masih tak tau...

 contact that blogs and let them know they've been tagged .
 tak tau nak jawab apa...Err,InsyaAllah,bile berkunjung ke blog orang lain...

 state 7 things about yourself .
 Nurul Sabrina Syarfa binti Zakaria
 ada banyak nama samaran,malas nak senaraikan...
 berusaha menjadi yang lebih baik...Semoga akan sentiasa berkekalan.Amin...
 love editting blog,not really for updating.uhuhu
 menyayangi dan mengasihi saudaranya...
 missing Allah and His Prophet very much :')(ayat Fifiey,but same things goes to me...)
 Friends and family are my first priority...

Okey,sudah siap...
Alhamdulillah...



Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Thursday, July 29, 2010

Pahitnya Perjuangan...

Tit..Tit…

Handphone jenama myiman kesayangan Khairunnisa’ berbunyi sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik mesyuarat di blok pengurusan. Mesyuarat yang diadakan pada waktu malam memang sungguh memenatkan, namun demi tanggungjawab dan amanah yang digalas, dia redha…

Segera tangannya mencapai handphone di poket jubah birunya dan menekan butang read.

Assalamualaikum akak.. saya nak tumpang tanya sikit boleh?

Terukir senyuman di bibir gadis solehah itu sebaik sahaja melihat mesej daripada seorang insan yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Hidayah – namanya seindah tuannya, tidak pernah jemu mencari walau secebis cahaya Ilahi. Terkenang kembali detik-detik pertemuan mereka. Pada waktu itu Khairunnisa’ menyertai program wawasan desa anjuran kolejnya dan menginap di rumah Hidayah selama 4 hari. Di situlah ukhwah bermula, semuanya kerana Allah..

Waalaikumsalam adikku sayang… untuk adik, boleh je.. nak tanya apa ye?

Segera dia membalas. Sementara menunggu balasan, kaki terus dihayun menuju ke asrama. Bagaikan terbayang-bayang katil yang empuk di hadapan mata khairunnisa’. Segera dia beristighfar, mengelakkan diri dari mengeluh..

“Macam penat aje?” Sahabat karibnya, Aliyah menegur.

“Takpe. Sikit-sikit je.. awak pun penat juga kan?”

“Hm, lepas habis projek ni.. lega rasanya”

“InsyaAllah… ni baru kat kolej, dah kerja nanti mesti lagi banyak tanggungjawab kan? Amanah itu kan ringan di dunia tapi berat di akhirat”

Suasana senyap. Masing-masing cuba menilai prestasi diri… Kaki dihayun, hati berzikir…

* * *

Khairunnisa’ terduduk kepenatan. Rasa kasihan melimpah ruah melihat Aliyah terbaring kelesuan, apatah lagi tugas sebagai setiausaha yang disandang oleh Aliyah memang benar-benar menguji kredibilitinya. Khairunnisa’ yang hanya memegang tugas sebagai bendahari sudah terasa bahang kepenatan, ini kan pula sahabat yang dikasihinya itu..

“Bersabarlah sahabatku… Allah bersamamu”

Terasa ingin dikucup penuh kasih pipi milik sahabatnya itu, namun memikirkan kemungkinan dia akan terbangun, Khairunnisa’ membatalkan hasratnya…

Tit.. Tit…

Handphone myiman berbunyi nyaring. Khairunnisa’ bangun mendapatkan handphonenya.

New Message From Hidayah.

Tertera ayat itu pada skrin handphonenya. Butang read ditekan..

Macam ni akak, tadi saya pergi pasar malam… kat situ ramai lelaki-lelaki handsome, kalau tak ada iman memang dah lama dah habis saya ni… masalahnya kak, kalau saya jeling-jeling je lelaki tu boleh ke?

Khairunnisa’ termenung jauh. Mesej itu mengingatkannya pada firmanNya dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.”

Sejenak, dia teringat peristiwa pada petang tadi….

* * *

“Nisa, teman Aliyah kejap pergi pejabat ye… Aliyah nak serahkan proposal projek ni”

“Ye… Tapi Nisa tunggu kat luar aje lah ye”

“Ok”

Sementelah Aliyah masuk ke pejabat, Khairunnisa’ menghampiri Syafiqah yang duduk keseorangan di kerusi hadapan pejabat. Asyik mereka berbual sehinggalah datang dua orang muslimin sekelas-Ilyas dan Saiful menghampiri mereka. Khairunnisa’ kelihatan gelisah. Muslimin itulah yang kerap benar mengganggu hidupnya. Lama mereka berdiri di situ. Khairunnisa’ menundukkan pandangan sebaik mungkin.

“Tak balik Johor ke?”

Berderau darah Khairunnisa’. Dia tahu soalan itu ditujukan khas buatnya namun sengaja dia berpura-pura tidak mendengar. Kepala ditolehkan ke arah lain.

“Khairunnisa’ ”

Tegas suara itu memanggil. Tiada pilihan, khairunnisa’ menoleh sekilas.

“Tak kot” Lemah dia menjawab, kepala kembali ditundukkan.

“Johor kat mana?” Saiful pula mencelah. Khairunnisa’ diam.

“Kat Larkin kan?” Ilyas pula yang menjawab. Khairunnisa’ hanya mampu mengangguk lemah. Malunya tidak terkata. Apatah lagi melihat senyuman asing yang terukir di wajah syafiqah. Terasa seperti maruah diri dirobek-robek.. mahalnya sebuah harga diri!

Mujur, kelibat Aliyah kelihatan baru keluar dari pejabat. Cepat-cepat Khairunnisa’ mengatur langkah pergi dari situ.

* * *


Adikku sayang.. wanita yang solehah itu tidak suka memandang dan tidak suka dipandang.

Setitis demi setitis air mata Khairunnisa’ gugur mengiringi mesej itu… Terkenang kembali kelemahan diri yang masih menjadi perhatian kaum Adam.

“Ya Allah, moga kau ampuni dosaku… Kau berilah hidayah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekelilingku”

Khairunnisa’ tertidur dalam sendu yang masih belum berhenti…

* * *

“Alhamdulillah.. semuanya telah selesai.. proposal sudah pun diluluskan. Sekarang ni tinggal nak pergi je ke destinasi” ceria suara Aliyah menyampaikan berita gembira menghiasi pagi Khairunnisa’.

“Syukur ya Allah… berbaloi juga hasil kerja keras kita selama ini… tak sia-sia kita korban kan masa dan tenaga demi mendapatkan hasil yang terbaik… Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa kan Aliyah?”

Aliyah tersenyum senang. Orang mukmin itu tidak akan mudah mengalah kerana orang mukmin itu sentiasa mahu kan yang terbaik, bukan untuk dirinya tapi untuk Islam tercinta…

“Lepas ni. Bolehlah kita relaks ye Aliyah”

“Nisa! Tak boleh… kan kita dah nak final exam… Nisa ingat tak ustazah pesan apa?”

“Maaf Aliyah, Nisa terlupa…”

“Hm, takpe, itulah gunanya sahabat… saling melengkapi… ustazah kan pesan jangan sampai diri kita ni jadi fitnah kepada Islam, jangan kerana kita sibuk berpersatuan pelajaran terabai… nanti mengundang fitnah”

“Astarghfirullah… terima kasih Aliyah…”

Perjuangan menuntut ilmu tidak pernah mengundang lega tetapi lelah semata kerana perjuangan menuntut ilmu itu dikira sebagai Ibadat di sisi Allah, yang menjadi bekalan kita di sana nanti. Perjuangan itu mengundang air mata yang tidak pernah kan berhenti. Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit? Simpan jawapan ini kemas-kemas dalam hati… kerana syurga itu manis!

Bagai terngiang-ngiang suara ustazah memberi pesan seperti seorang ibu kepada Khairunnisa’. Khairunnisa’ tersenyum lega… segera dia teringat kepada hidayah.

Handphone dicapai dan dia mula menaip..

Adikku sayang fillah… Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat takwa keimanan… moga adik beroleh hidayahNya yang amat berharga…

Message sent!

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Monday, July 26, 2010

Terus Berdarah...

“Sejak bila kamu merasakan ini adalah tindakan yang betul,akhi?”. Aazad memandang ke dalam mata Abbas sahabatnya.

“Sejak bila?”. Abbas memandang tepat ke langit.

“Kamu berdiam tidak akan menyelesaikan apa-apa akhi”. Abbas mengalih pandangan dari langit kepada Aazad. Menarik nafas dalam-dalam.

“Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?”.

“Adakah kamu sudah tetap pendirian?”.

“Setelah kamu berazam, maka bertawakallah (Ali Imran 3:159) ”.

“Jaga akhi,mungkin sahaja kamu memahamnya dengan salah…”.

“Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku”.

----------------------------//---------------------------------

Sudah dua minggu tiada perkhabaran daripada Abbas. Seusai menunaikan solat Isya’, Aazad bermalas-malas di hadapan televisyen. Alat kawalan sudah berada di dalam tangan dan 'beep….' t.v dihidupkan. Sekarang belum lepas jam 9, jadi hanya siaran berita yang menjadi santapan untuk Aazad. Aazad menatap kosong kaca t.v Berita-berita yang tersiar tidak sedikit menarik minatnya. Aazad berbaring. T.v masih dihidupkan. merenung kipas syiling yang berputar malas-malas.

“Berita tergempar, kami baru mendapat berita yang kediaman rasmi wakil kedutaan Amerika Syarikat telah diceroboh seorang pemuda yang membawa bersama-samanya sejumlah besar bahan letupan. Menurut pegawai polis yang berada di kawasan kejadian, melaporkan penceroboh itu tidak ingin berunding tetapi hanya mahu satu siaran langsung dari kediaman wakil kedutaan itu mengenai kejadian yang berlaku sekarang disiarkan di setiap kaca televisyen. Walaubagaimanapun, pihak polis masih sedang berusaha”.

Aazad terbangun dari baring. Matanya tepat memandang kaca t.v.

“Allahu, Abbas apakah engkau disebalik semua ini?”.

Alat kawalan dicapai dan cepat-cepat Aazad menukar ke siaran lain jika ada berita lanjut mengenai kejadian itu. Ditukarnya pantas-pantas. Dia ingin lihat jika ada siaran televisyen yang memaparkan lakaran wajah ‘suspek’. Jarinya berhenti memicit punat alat kawalan bila terpandang satu lakaran wajah.

“Ya, Allah, Abbas…”. Aazad dengan pantas memakai jaket dan keluar.

----------------------------//---------------------------------

“Wahai orang muda! Lebih baik kamu menyerah. Apa yang kamu lakukan adalah sia-sia”. Seorang pegawai polis cuba berunding.

Pada masa yang sama dia mengarahkan anak buahnya mengelilingi kawasan kediaman kedutaan dan bertindak menahan ‘suspek’ jika ada peluang untuk berbuat demikian. Orang ramai mula meramai sekitar kawasan. Ada pegawai polis cuba menenangkan keadaan. Aazad berhimpit diantara lautan manusia cuba melepasi sekatan pegawai polis. Lautan manusia kian bersesak, pegawai polis yang cuba berunding kian mendesak, Aazad makin hebat berasak lepas dari sekatan.



“Jika kamu ada peluang, lepaskan tembakan kepada suspek tapi jangan sampai membunuh. Suspek akan kita tahan untuk siasatan, mungkin dia ada kaitan dengan mana-mana cawangan penjenayah”.

Pegawai polis mengarah anak buahnya terarah.

“Jika kamu ada apa-apa tawaran supaya kami dapat membebaskan tebusan sila nyatakan”.

Terus memujuk. Jeda sekejap.

“Saya ulangi, jika kamu ada apa-apa tawaran, kami bersedia mendengarnya”.

Semua yang berada di situ menanti. Menanti. Menanti.

“Jika kamu ada apa-apa…”.

“Apa ketika anak-anak kecil di bumi yang diperang tentera syaitan Zionis dan Amerika merayu nyawa, rayuan mereka didengar?Apa ketika anak gadis Afgan meminta jangan sampai mereka mengusung zuriat busuk tentera-tentera Zionis dan Amerika, mahkota mereka tidak diusik? Apa ketika orang-orang tua Iraq meminta kepada tentera-tentera yang dilaknat Allah itu, nyawa mereka tidak dihabisi?”. 

Satu suara kedengaran dari dalam kediaman. Aazad kenal suara itu. Itu sememangnya tanpa ragu, adalah suara Abbas. Semua terdiam.

“Tapi tindakan kamu ini tidak mewajarkan semua ini. Adakah kerana mereka-mereka itu, orang lain dijadikan sasaran?”.

“Apakah anak-anak kecil, gadis-gadis sunti, ibu-ibu dan bapak-bapak, nenek-nenek dan datuk-datuk yang terkorban itu ada mengusik kepentingan atau keegoan Zionis laknatullah dan Amerika-Amerika itu semua?”.

“Atas dasar apa kamu mengatakan tindakan kamu ini wajar?”.

Nyata pegawai polis itu masih belum mahu mengalah. Masih mencari ruang dan peluang untuk berdamai.

“Tuan, saya tidak tahu sama ada Tuan beragama Islam atau apa kerana sungguh saya tidak melihat Tuan. Dan jika Tuan beragama Islam, saya tidak tahu sama ada Tuan ada membaca Quran atau tidak. Tuan menanyakan saya atas dasar apa saya lakukan semua ini, maka dengarlah ayat ini –Perangilah oleh kalian mereka (orang-orang kafir) hingga tidak ada lagi fitnah (kekafiran) sehingga agama ini hanya milik Allah semata. (A-Anfal 8: 39). Maka atas dasar ini, atas dasar untuk menghentikan fitnah yang dibuat dari tangan-tangan mereka maka perbuatan ini wajar. Jika kalian tidak berangkat untuk berperang, nescaya Allah akan menyeksa kalian dengan seksa yang pedih dan digantinya dengan kaum yang lain(At-Taubah 9: 38-39). Maka atas dasar takutkan seksa Allah maka tindakan saya ini wajar”.

“Sedarlah kamu mungkin tersalah faham mengenai ayat-ayat itu”.

“Jika saya yang tersalah faham, berbahagialah saya dengan kesilapan saya kerana ini jalan yang saya yakin. Dan dengan Tuan mengatakan ‘mungkin’ lebih-lebih meyakinkan saya kerana jelas Tuan sendiri tidak yakin sama ada tindakan menghalang saya ini tindakan yang benar atau tidak”.

“Jadi adakah kamu akan puas dengan begini? Adakah kamu sukakan ini?”

“Diwajibkan atas kalian berperang, sementara berperang itu adalah sesuatu yang kalian benci. Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian; boleh jadi pula kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui (Al-Baqarah 2:216)”.
----------------------------//---------------------------------
Pegawai polis itu kehilangan kata-kata. Dalam kekalutan, Aazad berjaya melepasi sekatan dan telah berada di sebelah pegawai polis yang cuba memujuk Abbas. Dia menyentuh bahu pegawai polis itu dan membuatnya terkejut.

” Siapa kamu?”.

Pertanyaan itu tidak diendahkan, Aazad lantas mengambil pembesar suara dari tangan pegawai polis itu.

“Wahai Abbas, mahukah engkau mendengar perkataanku?”.

Pegawai polis itu tersentak. Anak buahnya ada yang cuba menangkap Aazad yang disangka segerombolan dengan ‘suspek’. Akan tetapi tindakan itu dihalang. Abbas kenal suara itu, tetapi dia lebih suka berdiam.

“Memang benar orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami (Al-Ankabut 29:69).Tidak ada sedikit cela dalam ayat itu dan tindakan kamu yang mengikut fahaman kamu. Tahukah kamu ada yang lebih tinggi darjatnya jika kamu lakukan dari apa yang kamu lakukan ini dan nyata ia lebih praktikal dari apa yang kamu cuba lakukan sekarang. Lupakah kamu pada titah baginda - Jihad yang paling agung adalah kata-kata yang benar yang disampaikan kepada penguasa yang jahat? Nah, jika kamu katakan dan memang semua akui Zionis, Amerika dan para pengampu mereka itu orang-orang yang jahat dan tidak harus dibiarkan hidup supaya fitnah pembunuhan dapat dihentikan. Tapi bukankah jika kita menentang mereka dengan kata-kata iaitu melalui diplomasi itu lebih elok, dan ingatlah Abbas kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang maka kata-kata itu lebih praktikal untuk ‘berperang’ dengan mereka”.

Semua terdiam. Aazad menunggu jawapan.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (At-Taubah 9: 111)”.

Aazad tersenyum. Dia tahu dengan sangat Abbas memang fasih jika berbicara soal tafsir dan hadis.

“Jihad itu terus berjalan sejak aku (Rasulallah) diutus oleh Allah Swt. hingga orang terakhir di antara umatku yang berperang melawan Dajjal. Maka jika kamu membunuh mereka-mereka ini, adakah peperangan akan terus terhenti? Kamu sudah tiada, mungkin kerana terkorban, tetapi peperangan lain akan terus-terusan berjalan”.

“Akan ada yang lain yang akan mengikut jejakku insyaAllah ta’ala”.

“Jadi adakah kamu berkata kamu melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain sedang mereka sendiri mungki belum ada niat untuk melakukannya. Bukankah lebih baik kamu sendiri yang melakukannya. Nah, di sinilah lebih praktikal kata-kata Rasullah iaitu berjihad dan berperang dengan kata-kata. Apa salah kataku, Abbas?”.

----------------------------//---------------------------------
Sessi memujuk bertukar kepada sessi soal jawab hadis dan tafsir. Pegawai polis yang tadinya cuba memujuk nyata kagum dengan kepetahan Aazad kerana dia sedar dia tidak mungkin mampu berdebat sefasih itu jika ia melibatkan hadis dan tafsir. Perlahan-lahan dia merasakan perundingan ini akan berjaya.

“Oh Abbas, dengarkan kataku, hentikan tindakan ini. Aku tidak mengatakan kamu salah, malah jika kamu betul,aku sendiri akan mengangkat tanganku dan bersama-sama denganmu. Dengarkan kataku, apakah kamu lupa jihad itu bukan sekadar mengangkat senjata. Kamu masih punya ibu dan ayah dan membela mereka itu sebesar-besar jihad juga,”

Ada terdengar bisik-bisik dari lautan manusia yang menonton. Ada juga yang terkesan dengan kata-kata Aazad sehingga menitiskan air mata. Suasana sunyi. Suara siren kereta polis bertimpa-timpa dengan suara-suara orang ramai. Kata-kata itu turut membuatkan Abbas terusik hatinya.

“Apakah aku akan dilepaskan jika aku menyerah?”.

Aazad menarik nafas lega kerana merasakan usahanya berhasil. Pegawai polis itu tersenyum lega kerana merasakan namanya akan tercatat di dada akhbar kerana berjaya membenteras ‘kepincangan’ ini.

“Ya, insyaAllah sesiapa yang berada di atas jalan Allah, maka mereka tidak akan sunyi dari pertolongan-Nya”.

Disebalik urusan antara Aazad dan Abbas, secara sembunyi-sembunyi seorang pegawai polis telah berjaya menyelinap masuk ke dalam kawasan kediaman tanpa disedari. Pegawai polis yang berdiri di sebelah Aazad mengambil pembesar suara dari tangan Aazad.

“Ya, benar kata lelaki ini, kamu akan dilepaskan jika didapati tidak bersalah. Dan kami tidak akan mengapa-apakan kamu”.

Pegawai polis telah lupa mengenai arahannya untuk menembak Abbas kerana terlalu seronok dengan keputusan ‘pemujukan’ yang menyebelahinya.

Abbas merasakan ada betul dalam kata-kata Aazad, dia berkira-kira untuk melepakan tebusan dan ‘menyelesaikan’ jihadnya dengan cara diplomasi. Ketika itu pegawai polis yang berada di dalam kawasan kediaman itu terlanggar pasu dan kehadirannya disedari Abbas. Pegawai polis itu terperanjat dan secara tidak langsung melepaskan tembakan dan mengenai bahu kiri Abbas. Suasana jadi kelam kabut di luar. Aazad meandang pegawai polis di sebelahnya mengahrap jawapan.

“Allahu Akhbar! Demi Allah mereka ini tidak lebih dari penipu dan penganiaya!” Abbas membaling pasu yang berada di sebelahnya dan tepat mengenai kepala pegawai polis tadi.

“Demi Allah yang nyawaku di dalam tangan-Nya, terimalah korban hamba-Mu ini”,

Aazad berlari deras ke arah kawasan kediaman. Pegawai polis tadi memberi arahan kepada anak buahnya untuk bersedia. Abbas memicit punat pengaktif bahan letupan yang berada di dalam tangannya.

Boom!!!

Satu letupan besar kedengaran. Kawasan kediaman wakil kedutaan itu hancurmusnah separuh. Semua mata terpana. Mata Aazad bergenang. Pandangan menjadi kabur dan perlahan-lahan tampang tubuh Abbas terpapar di tubir mata.

“Burung itu di dalam sangkar mereka, tapi kuncinya ada padaku. Aku percaya begitu, wahai Aazad. Dan setiap kali, burung itu minta dibebaskan, dan adakah aku ingin menjadi orang yang zalim untuk tidak berbuat serupa itu?”

Mata Aazad bergenang.

“Dan jika aku memahamnya dengan salah, maka berbahagialah aku dengan kesalahanku”.

Bergenang dengan lebih hebat…

“Berbahagialah sahabat, moga jihad-Mu diterima Allah jika itu yang engkau yakin… Berbahagialah…Allahu...Allahu…Allahu. Teruskah berdarah tangan-tangan dan tubuh-tubuh mereka yang merindui janji-Mu ya Alalh. Tempatkanlah mereka di jannah tertinggi jika sesungguhnya mereka orang-orang yang benar. Ameen, ameen ya Rabb al-ameen”.





Semoga diri kita juga akan sentiasa thabat diatas jalanNya.Allahu Akbar!!!
Ameen Ya Rabbal Alamin...




Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Saturday, July 17, 2010

Sekadar Bertinta....

Assalamualaikum...

Demi nyawaku yang berada di tanganNya.Alhamdulillah,masih dipanjangkan umur untuk melangkah pada hari ini sebagai hambaNya yang hina.

Beberapa minit yang lalu,ana baru balik dari blog sahabiah tersayang,Ukhti FifieySayu jugak bacer post kawan-kawan sejak akhir-akhir nie...Bukan setakat kat blog Fifiey jer,blog kawan-kawan dan ikhwan akhowat yang lain pun sama jugak...

Kalau korang bacer kat blog Fifiey,mungkin korang akan fikir macam dia memberitahu korang apa yang dia rasa.Berbeza dengan ana,ana rasa macam ana menipu perasaan ana sendiri.Korang jangan fikir yang bukan-bukan plak.Entahlah,rase macam diri nie hipokrit plak...*sile abaikan perenggan nie.penulis sedang kepeningan...tadop idea.ehehehehe...

Ermmm,nak citer sikit pasal masa hari Khamis aritu..Masa pagi-pagi tu para BPDS akan bertugas macam biasa.Tak tahu kenapa,ana sendiri rasa macam diri nie jadi orang lain kejap.Tetiba jer jadi garang semacam jer.Kesian jugak kat kawan-kawan,diorang pun nampak macam takut nak tegur ana.Langsung tak munasabah untuk diri ini berkelakuan sedemikian rupa,tapi diri ini sendiri juga tak mengerti.Hanya Allah satu-satunya yang Maha Mengetahui...

Athirah pun ada jugak kater sepanjang pagi ana duk termenung dalam kelas sampai dia sendiri takut nak tegur ana.Ditambah pulak dia sebut ayat tu depan Sofiah,salah seorang sahabiah baik ana.Apa lagi,tanpa berlengah lagi,Sofiah dengan penuh yakin dan tiada syak lagi mengiyakan perkara tu.

Bukannyer apa,ana bukannyer berdebar sebab hari tu ada Majlis Timang Kasih.Just,hari tu mungkin ada sesuatu yang perlu ana ubah,demi kebaikan semua.Sebuah pengorbanan,harganya tak murah untuk dibayar.Sakitnya memang sakit,tak perlu disangkal lagi.Ana minta maaf andai ada sesiapa yang tak faham bercampur bingung bila baca post nie tapi...demi kebaikan semua,biarlah...Biarlah antum tidak faham...Biarlah antum tidak tahu...Ana yakin itu yang terbaik buat antum...Sebuah pengorbanan,tak perlu antum tafsirkan untuk diri antum fahami...

Sedih tatkala tahu hakikat yang sebenar.Ana betul-betul minta maaf atas kesilapan ana pada antum.Ana sedar diri nie tak cukup baik untuk membimbing antum.Manusia,mana ada yang sempurna.Biar semua yang ana rasa menjadi rahsia ana dan Allah sahaja.Syukran kepada mereka yang pernah menjadi tempat ana mengadu selama nie.Jasa antunna mungkin ana takkan dapat balas,hanya ucapan terima kasih yang mampu dikata...

Sahabat sejati,
Selalu ku cari,
Minta dipimpin diri ini,
Bersamamu,
Menuju cintaNya...

Aku insan biasa,
Tak dinafi,
Terlalu hina untuk berada disisimu,
Kau sahabatku,
Selalu ku sayangi lillah...

Sahabat sejati sepertimu,
Mana mungkin ku temui tanpa izin dariNya,
Di bumi Ilahi,
Cinta tertaut antara kita keranaNya,
Ukhuwah kukuh terbina jangan dibiar retak,
Dan bunga-bunga kasih-sayang yang indah subur antara kita,
Akan selalu kubaja dengan panjatan doa kepadaNya...

Sahabat,
Mengenalimu satu keindahan,
Bergurau denganmu adalah kebahagiaan,
Menyakiti hatimu kucuba elakkan,

Sahabatku lillah,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah...

Jika aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah aku dengan tarbiyyah Pencipta...

Jika aku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...

Jika di antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah aku leraikan segera...

Jika hatimu terluka,
Luahkanlah agar aku berubah...

Dan...

Jika esok aku terlena tanpa jaga,
Iringilah lenaku dengan kalungan doa...

Satu permintaanku,
Persahabatan kita kekal berpanjangan...
Berjanjilah sahabat,
Ukhuwah kita tertaut selamaNya...
FidDunia Wal Akhiroh...
Amin...
InsyaAllah...

Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Monday, July 12, 2010

Oh....Syukran Jaziilan Ukhti...

Assalamualaikum wa salam ukhuwah ya sodiqi wa sodiqoti....

Erm,cerita hari nie tak berapa nak best pown...Agak pelik hari ni dirasakan...Mungkin sebab Fifiey dan Alya tak datang sekolah kot.Akibatnya,erk...tak tau lar...Pelik sikit lar...

InsyaAllah hari nie nak langsaikan  taggie yang dah hampir jadi hutang lapuk nie.(mentang-mentang TM kena taip pasal hutang lapuk :p)

Tag pertama:-
Ukhti Atiqah yang baik dan menawan lagi berwibawa.:)


Jawab soalan2 ni:-

1. Macammana kamu boleh tahu kehadiran blog ini?
Awak yang bagitau...
2. Blog ni kene ubah agar jd lbih cantik x??
Just fine.Yang penting,isinya bermanfaat...
3. Antara blog ini dan tuannya, yg mana lg comell?? xDDDD
dua-dua comel.Tapi tuannya lagi comel.Bak kata Kak Sherah,setiap yang diciptakan Allah itu memang sempurna...
4.Adakah awk minat dgn korea??
Ikut mood,dan kesesuaian....
5. Agak2 siape yg bakal memenangi PIALA DUNIA 2010??
Tak pernah terpikir pulak.saper yang dapat pegang piala tu,maknenyer dia lar yang menang.Tak gitu??
6. Anda minat pasukan mana???
Terengganu,sebab menang SUKMA aritu.Dan tak dapat disangkal lagi,PASUKAN PENEGAK AGAMA ISLAM!!!Love them,for sure...<3

Tag Kedua:-
Cik Fifiey yang comell serta dikasihi,dan sentiasa innocent.:)

 did you smile today ?
 Alhamdulillah,udah...Masih boleh tersenyum...

 do you smile a lot ?
 Kebiasaannya...

 what makes you smile the most ?
Knowing that someone loves me especially my family and friends.
 do you smile at strangers ?
 Yup!!!Especially adik-adik dan akak-akak serta warga SHAMS(tak berapa nak asing sebab kitorang satu sekolah) 

 do you believe in the saying smile and the world smiles with you ?
 percaya,bak kata Fifiey,kalau kita senyum kat orang,nanti orang akan senyum kat kita semula...






 what kind of smile do you have ?
 Senyuman yang ditakdirkan untuk menjadi senyuman ana...

 the smiley award ARE represented to :
 tak tau nak tag saper.Semua Fifiey dah kebas...Saper yang nak ambil,ambil jelah...

Setakat tu jelah untuk hari nie.Alhamdulillah,hutangku udah langsai...
Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)