Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Sunday, June 6, 2010

Kamar Cinta Ilahi

Asslamualaikum...

Seringkali kita dengar,ada insan yang berkata-kata,mereka ingin berubah,namun tidak ditemukan jua kesempatan itu.Ada juga yang bunyi yang berbicara,mereka sudah berusaha untuk berubah,namun terkadang semuanya terasa susah,berat dan sebagainya.

Disini,sukalah kiranya ana berkongsi sebuah coretan hati,bingkisan jiwa seorang insan yang bernama hamba Allah.


~~~~~Mencari Cahaya Ilahi~~~~~
Tatkala teringat waktu dulu,waktu jahilku,sering kumenangis sendirian.Terkenangkan betapa alpanya diri ini.Sungguh,dikala semua kenangan itu diimbau kembali,aku merasakan diriku inilah insan paling berdosa.
Mengapa harus begitu?Aku sendiri tidak tahu jawapannya.Aku sendiri tidak mengerti bagaimana bisa aku terjebak,terjatuh dan bergelumang dengan dosa-dosa itu,dosa-dosa waktu lampauku.
Diriku terus leka,mengecapi nikmat dunia yang hanya satu bahagian daripada seratus bahagian yang dijanjikan Ilahi.Tatkala dibayangkan,pasti terpegun.Nikmat dunia yang sebegini banyak,hanya 1% daripada seluruh nikmat kurnia Tuhan.Dimana 99 bahagian lagi??Di syurga Ilahi,syurga hakiki yang kekal abadi.
Aku seolah-olah tidak tahu mensyukuri nikmatnya.Dilihat saja rezeki di depan mata,terus disambar.Lidahku kelu saat itu,sukar,susah,perit,payahnya mengungkap kalimah Alhamdulillah.Jauh sekali ingin sujud seikhlasnya pada Ilahi,tanda syukur.
Kusangka mendung hariku dipayungi dosa kelmarin hingga ke senja,rupa-rupanya cahaya mentari memancar di tengah hari.Sungguh,cahaya itu menyinari hidupku,menyuluh kembali jalan untukku pulang.Alhamdulillah,tanda syukur ku panjatkan tinggi.Kini aku bahagia dalam pelukan kasih dan sayangNya.
Ujian Ilahi datang satu persatu cuba ku hadapi dengan penuh sabar dan berdoa agar ditabahkan hati menghadapinya.Ya,sabar dan doa.Hanya itu senjataku.Aku cuba seikhlasnya menerima ujian tersebut.
Aku tahu semua ini pasti membantu untuk membersihkan lumpuran dosa-dosaku.Aku redha.Aku tahu Allah tidak akan membebankan hambanya melainkan sesuai dengan kemampuan hambanya.Terus-terusan aku cuba ikhlaskan diriku.
Namun,apakan daya.Aku juga insan lemah.Aku juga insan rapuh.Hari itu meninggalkan sejarah hitam dalam hidupku.Tekanan yang ku hadapi tidak dapat ku bendung lagi.Terus,aku rasakan diriku goyah.Keyakinanku padaNya luntur.
Lama aku berfikir.Mengapa aku diuji sebegini rupa?Mengapa?Mengapa?!Diriku meronta,inginkan jawapan.Sejak hari itu,diriku berubah.Segalanya menjadi tunggang terbalik.Aku kembali kepada sifat asalku.Akibatnya,aku seolah-olah dibenci manusia.Bahkan keluargaku sendiri acuh tidak acuh denganku.
Mula kurasakan diriku sunyi,keseorangan,bersendirian.Aku mula mencari cintaNya.Diri kubasahi dengan wudhu' suci.Sajadah kembali kuhamparkan.Sujudku digenangi air mata.Aku merasakan ketenangan meresap di segenap hati dan jiwaku.
Terima kasih Allah...Alhamdulillah.Engkau masih menerimaku tatkala aku sudah mengecewakanmu. Sungguh,inilah yang kuinginkan.Inilah yang aku perlukan.Kini kurasakan kembali betapa selesanya beradu di kamar cintaMu.Kamar cinta Ilahi.
Alhamdulillah.Terima Kasih Allah...
~~~~~~~~~~~~
Semoga kita sentiasa bersabar menghadapi ujian Yang Maha Esa.Pasti disebalik semua itu,ada hikmah yang tersembunyi.Setiap sesuatu yang Allah takdirkan adalah yang terbaik buat kita.Jangan pernah ragu dengan ketentuanNya.Allah itu Maha Adil.Cekalkan hati menghadapi ujianNya.Andai dirasakan diri lemah,ingatlah pada janjiNya.Carilah Dia.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung.
Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

No comments:

Post a Comment