Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Friday, June 25, 2010

Pembaharuan...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,hari ni kita masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di pagi yang hening dan tenang ni,walaupun hakikatnya sudah ramai yang bangun tidur...

Erm,kerja sekolah ada bertimbun-timbun lagi.InsyaAllah kejap lagi nak start buat.Nak perbaharui diri ni,semoga berkekalan,InsyaAllah...Kalau kita inginkan sesuatu yang baik,InsyaAllah akan dipermudah urusan itu oleh Allah.Yang pasti,kita berusaha dan jangan mudah putus asa.Dan yang paling penting,tanamkan keyakinan kita kepada Allah.

Cerita pasal result??Oh,rasenyer keputusan yang ana dapat kali ni mungkin agak teruk.Tapi Alhamdulillah, ana dapat terima semua tu dengan tenang dan dengan hati yang terbuka.Pasti ada hikmahnya dapat result teruk...InsyaAllah,lepas ni cuba lagi...

Semalam pulak???Hmmmm,Alhamdulillah...Ana rasa cukup tenang.Cukup-cukup tenang...Memikirkan betapa jahilnya diri ni,mengingati kembali dosa-dosa lalu,oh,hakikat ketenangan itu hanya apabila kita bersama Ilahi.

Ya Allah,biarkan aku buta,asalkan aku dapat melihat cahaya kasih-sayangMu..
Ya Rahim,biarkan aku tuli,asalkan aku dapat mendengar bisikan cintaMU.
Ya Rahman,biarkan aku bisu,asalkan Engkau dapat mendengar rintihan hati hambaMu yang hina ini.

Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidup dan matiku hanyalah keranaMu,Ya Allah...
Kau ampunilah dosaku...
Kau ampunilah dosa-dosa ibu bapaku...
Kau ampunilah dosa-dosa keluargaku...
Kau bakarlah kisah jahilku,jangan biarkan aku ulanginya lagi...
Kau pimpinlah aku kejalan yang lurus,jalan yang Engkau redhai.
Kau bimbinglah aku menuju cinta suci,cinta sejati,cinta hakiki yang abadi,cintaMu Ilahi...
Jangan kau biarkan aku tertatih dan terjatuh kedalam jurang cinta nafsu...

Dan untuk ikhwan akhowat fillahku...
Ya Allah...
Kau ampunilah dosa-dosa mereka...
Kau berkatilah kehidupan mereka...
Kau rahmatilah mereka...

Ya Allah,Ya Tuhan kami,
Kau ampunilah dosa-dosa orang yang mencaci kami,
dan dosa-dosa orang yang kami caci...

Jauhkanlah kami dari api neraka...
Dekatkanlah kami dengan rahmat dan kasih-sayangMu...
Serta berikanlah hidayah kepada kami...

Sesungguhnya,
kami tidak layak untuk berada dalam syurgaMu,
namun kami juga tidak sanggup untuk berada dalam nerakaMu...

Selawat dan salam keatas Nabi Junjungan,Muhammad SAW...
Perkenankanlah doa kami...
Amin...Amin Ya Rabbal Alamin...

Ingin rasanya ditahan waktu,biar ia berhenti disitu,biar aku terus hanyut dibuai cintaMu,biar air mataku hanya keranaMu dan hanya untukMu...Indahnya pabila mencintai Allah...Subhanallah...

Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Monday, June 14, 2010

Award Lagi!!!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,murah betul rezeki sejak cuti ni yerk.Tiap-tiap hari dapat award.Weee!!!Ker ade aper-aper ni??? Ni mesti ada sesuatu ni...Err,husnuzzhon...

Okey,baiklah.Meh nak tunjuk award jap...

And also some question cepumas...
1 . sila link kepada orang yang bagi award ni kat kamu .
~dah link tofu sayang oooy!!!
2 . nyatakan sebab anda suka kaler PINK .
~ dunno(*__*)menenangkan ,kot.wink!!

3 . sejak bila suka dengan kaler PINK ?
~start tahun ni terus suka,selain warna hijau.ahakss

4 . nyatakan 5 barang paling kamu sayang berkaler PINK .
~pencil case ketiga ana tahun ni,secara purata ana telah tukar pencil case ana sebanyak 5 kali tahun ni.tak tipu.betul...
~beg sampingan ana untuk letak buku
~dunno.barang ana ada banyak kaler.kalau nak harapkan ada banyak yang berwarna pink,rasenyer tak boleh kot...
5 . snap picture kamu dengan barang kamu yang kaler PINK tu . (1 pun dah cukup , yang penting PINK)
letak rabbit kat atas ni doh ar.malas ni kumpul barang-barang tu...
6 . tagged kawan kamu yang minat PINK jugaak .
~saper minat pink,sila ambik...

Okey,dah siap...Tu jer...
*pemberitahuan,InsyaAllah lepas ni ana takkan letak apa-apa cerita atau tag yang tak berunsur tazkirah kat blog ni lagi.kalau korang nak baca cerita ana,korang boleh pergi kat blog Syarfa's Story,okey...

Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Saturday, June 12, 2010

Sedang Membersih

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,atas rahmat dan limpah kurniaNya,kita masih berpeluang untuk menghirup udaranya hari ini.

Sebenarnya tujuan ana blogging hari ni,saje jer nak rehatkan jari kejap,letih duk bersihkan blog ni yg terlalu bersepah ni.

Setelah beberapa hari menjelajah ke serata alam siber untuk mencari background yang sesuai untuk blog ana ni,akhirnya jumpe jugak background baru ni.
Simple but cute.Kire okey lar.Tak nampak serabut sangat.Just fine.

Sekurang-kurangnyer tak nampak serabut sangat macam dulu.
Rasa-rasa macam ada banyak lagi pembaharuan yang nak dibuat,tapi tunggulah dulu.Kena tenangkan fikiran,cari idea kejap.
Kalau korang rasa masih ada sesuatu yang tak kena dengan dengan blog ana ni,jangan segan,bagitau kat ana,okey?InsyaAllah ana akan baiki.
*sedang meng-admire blog sendiri.
Tu jer sebenarnya nak bagitau.Ehehe.InsyaAllah kalau ada pape yang boleh dikongsi dengan korang,nanti ana update lagi okeyh??

Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...





Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Friday, June 11, 2010

Award dari Fifiey!!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,murah betul rezeki masa cuti sekolah ni.Hari ni ana dapat satu lagi award daripada sahabat baik ana,Fifiey.
Syukran Fifiey.Sayang awak!!!!

Okey,sekarang nak jawab soalan cepumas Fifiey.


1 . sebab anda follow blog fatinathirahazmi.blogspot.com ni ?
-Saje-saje
-sebab awak kawan baik saya
-blog ni comel serta bermanfaat kot
-entah lar,mungkin blog ni terlalu berwarna pink.XDDD

2 . apekah yang anda tahu tentang pemilik blog ini ? *haha , yang ni takyah jawab takpe xDDD

-Maaf,saya tetap nak jawab.

1.Nama penuh dia Fatin Athirah Binti Azmi
2.Nama panggilan dia Fifiey.
3.Dia ada banyak nama panggilan lain.Sebagai contoh,'T.O.F.U'
4.Dia lahir pada 14 Januari 1996
5.Dia tidak suka makan coklat,katanya terlalu manis.Berbeza dengan ana yang sangat sukakan coklat sehinggakan mampu menghabiskan sebalang penuh coklat dalam masa kurang dari 5 jam.XDDD
6.and etc...

3 . di manekah anda terjumpe blog ni ? dalam sungai ? hutan atau mungkin...di sawah padi ? x]
-Awk yang bagitau saya,fiey.Jangan buat-buat tak ingat pulak.

4 . ajaklaa beberape orang lagi rakan anda memfollow blog ini . bagi cukup 100 .
-Saper-saper yang rase dia perlu follow blog Fifiey atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan,silelah follow.
*********************************
Ni tag lain.Sile abaikan.Kalau korang nak pun,ambik jelah.Ana tak ingat kat maner ana jumpa tag ni.Blog Alya rasenyer.

1. a) bagaimana usaha korang untuk mencomelkan blog korang

-Edit blog sampai kawan-kawan naik hairan dan marah ana.Ayat biasa diorang,"Sabrina!!!Bila awak nak update blog??Asyik edit blog jer..."Lebih kurang camtulah ayatnyer.

b) juga sertakan sekali 2 website yg korang selalu pegi untuk membantu korang mengedit blog

-Glitter-graphics
-myem0.com
-The cutest blog on the block
(malas nak letak link.Kalau korang nak tengok site ni,cari sendiri lar ekk)

2. 5 perkataan yg menggambarkan diri korang


Sila Baca Ke Bawah...

-Hamba
-Allah
-Yang
-Tidak
-Sempurna

3. tag kawan2 yg korang rasa patut terima award ni

-Saper-saper yang rase nak ambik tag ni,ambik jelah.

Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...




Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Thursday, June 10, 2010

Rachel Corrie-"she lived for her dream and she died for them..."

Assalamualaikum.
InsyaAllah pada hari ini ana akan berkongsi sedikit maklumat mengenai Kapal Rachel Corrie.Buka matamu insan.Antum antunna harus tahu mengenai perkara ini.


Asal usul nama MV Rachel Corrie
Kapal misi kemanusiaan Rachel Corrie dinamakan sempena seorang aktivis wanita yg terbunuh semasa cuba menghalang tentera Israel dari merobohkan rumah sebuah keluarga warga Palestin di Gaza.

Pd Mac 16, 2003, tentera Israel sdg melakukan operasi merobohkan rumah2 penduduk
Palestin di kawasan Gaza secara besar-besaran. Alasan mereka ialah rumah2 tersebut
merupakan tempat persembunyian gerila pengganas dan terowong penyeludupan senjata.
Rachel Corrie, salah seorang aktivis yg berada di kawasan tersebut utk menghalang operasi
rejim Israel, berlari ke arah rumah yg diduduki sebuah keluarga.

Rachel bertindak melindungi keluarga tersebut dgn berdiri di hadapan bulldozer yg dikawal
oleh tentera Israel. Malangnya, rejim Israel laknat tidak mempedulikan Rachel… malah terus
melanggarnya dgn bulldozer sehingga tubuhnya remuk. Rachel Corrie mati di tempat kejadian
pd usia 23 tahun. Memang lahanat kerajaan Zionis ni.
*keadaan Rachel Corrie setelah digilis bulldozer.Nauzubillah...
(just copy and paste.antum wa antunna boleh ambil dan sebarkan.tak perlu bagitahu ana)

Cuba renungkan apa yang ingin disampaikan disebalik post kali ini.

Wallahua'lam Bissawab
Assalamualaikum WBT...




Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Award dari Kak Sherah Chumillss

Assalamualaikum.



Alhamdulillah,hari ni ana telah mendapat satu award daripada Kak Sherah chumillssss.Award apa ekk??Grammy Award ker??Ker Granny Award???Erk,papepun,syukran jaziilan ukhtifillah.Sayang kak Sherah!!!!Flying kisses for you,ukhti...













1.ape yg bermain difikiran anda skrg nie??

-Keje sekolah yang bertimbun-timbun itu.T__T

-Dosa-dosa lampau



2.apakah name samaran anda?

-Sabrina

-Syarfa

-Sabsab

-Brina

-Sabisabi(kawan ana punya keje,ingat ana ni wasabi ker@__@)

-and etc.



3.berikan 3 org yg anda syg?

-Diri sendiri

-Allah

-Rasulullah

-Saudara Seislam(kira termasuk keluarga,rakan dan yang sewaktu dengannya)

*sori ar terlebih kuota,nak letak jugak!!!



4.panggilan utk si dia?

'Si dia' tu saper???Kalau...

(a)ibu=Mama

(b)bapa=Papa



5.hadiah yg anda impikan dr seseorang yg istimewa?

-papepun boleh,asal dia tak mintak ana bagi hadiah kat dia sekali.hahaha.gurau jer,hadiah tu asal ikhlas sudah.Alhamdulillah...



6.blog manakah yg anda suka lawati?

-Bermanfaat

-Ceria

-Background comel

-Postnyer tidak terlalu melampau

-Ada gambar,kecuali gambar orang yang tak tutup aurat atau gambar yang tak berapa sesuai untuk ditonton



7.tagkan kpd 10 rakan anda:

-saper-saper yang rase nak tu ambik jelah....




Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Sunday, June 6, 2010

Kamar Cinta Ilahi

Asslamualaikum...

Seringkali kita dengar,ada insan yang berkata-kata,mereka ingin berubah,namun tidak ditemukan jua kesempatan itu.Ada juga yang bunyi yang berbicara,mereka sudah berusaha untuk berubah,namun terkadang semuanya terasa susah,berat dan sebagainya.

Disini,sukalah kiranya ana berkongsi sebuah coretan hati,bingkisan jiwa seorang insan yang bernama hamba Allah.


~~~~~Mencari Cahaya Ilahi~~~~~
Tatkala teringat waktu dulu,waktu jahilku,sering kumenangis sendirian.Terkenangkan betapa alpanya diri ini.Sungguh,dikala semua kenangan itu diimbau kembali,aku merasakan diriku inilah insan paling berdosa.
Mengapa harus begitu?Aku sendiri tidak tahu jawapannya.Aku sendiri tidak mengerti bagaimana bisa aku terjebak,terjatuh dan bergelumang dengan dosa-dosa itu,dosa-dosa waktu lampauku.
Diriku terus leka,mengecapi nikmat dunia yang hanya satu bahagian daripada seratus bahagian yang dijanjikan Ilahi.Tatkala dibayangkan,pasti terpegun.Nikmat dunia yang sebegini banyak,hanya 1% daripada seluruh nikmat kurnia Tuhan.Dimana 99 bahagian lagi??Di syurga Ilahi,syurga hakiki yang kekal abadi.
Aku seolah-olah tidak tahu mensyukuri nikmatnya.Dilihat saja rezeki di depan mata,terus disambar.Lidahku kelu saat itu,sukar,susah,perit,payahnya mengungkap kalimah Alhamdulillah.Jauh sekali ingin sujud seikhlasnya pada Ilahi,tanda syukur.
Kusangka mendung hariku dipayungi dosa kelmarin hingga ke senja,rupa-rupanya cahaya mentari memancar di tengah hari.Sungguh,cahaya itu menyinari hidupku,menyuluh kembali jalan untukku pulang.Alhamdulillah,tanda syukur ku panjatkan tinggi.Kini aku bahagia dalam pelukan kasih dan sayangNya.
Ujian Ilahi datang satu persatu cuba ku hadapi dengan penuh sabar dan berdoa agar ditabahkan hati menghadapinya.Ya,sabar dan doa.Hanya itu senjataku.Aku cuba seikhlasnya menerima ujian tersebut.
Aku tahu semua ini pasti membantu untuk membersihkan lumpuran dosa-dosaku.Aku redha.Aku tahu Allah tidak akan membebankan hambanya melainkan sesuai dengan kemampuan hambanya.Terus-terusan aku cuba ikhlaskan diriku.
Namun,apakan daya.Aku juga insan lemah.Aku juga insan rapuh.Hari itu meninggalkan sejarah hitam dalam hidupku.Tekanan yang ku hadapi tidak dapat ku bendung lagi.Terus,aku rasakan diriku goyah.Keyakinanku padaNya luntur.
Lama aku berfikir.Mengapa aku diuji sebegini rupa?Mengapa?Mengapa?!Diriku meronta,inginkan jawapan.Sejak hari itu,diriku berubah.Segalanya menjadi tunggang terbalik.Aku kembali kepada sifat asalku.Akibatnya,aku seolah-olah dibenci manusia.Bahkan keluargaku sendiri acuh tidak acuh denganku.
Mula kurasakan diriku sunyi,keseorangan,bersendirian.Aku mula mencari cintaNya.Diri kubasahi dengan wudhu' suci.Sajadah kembali kuhamparkan.Sujudku digenangi air mata.Aku merasakan ketenangan meresap di segenap hati dan jiwaku.
Terima kasih Allah...Alhamdulillah.Engkau masih menerimaku tatkala aku sudah mengecewakanmu. Sungguh,inilah yang kuinginkan.Inilah yang aku perlukan.Kini kurasakan kembali betapa selesanya beradu di kamar cintaMu.Kamar cinta Ilahi.
Alhamdulillah.Terima Kasih Allah...
~~~~~~~~~~~~
Semoga kita sentiasa bersabar menghadapi ujian Yang Maha Esa.Pasti disebalik semua itu,ada hikmah yang tersembunyi.Setiap sesuatu yang Allah takdirkan adalah yang terbaik buat kita.Jangan pernah ragu dengan ketentuanNya.Allah itu Maha Adil.Cekalkan hati menghadapi ujianNya.Andai dirasakan diri lemah,ingatlah pada janjiNya.Carilah Dia.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat bergantung.
Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)