Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Sunday, May 16, 2010

SeLaMaT HaRi GuRu,CiKGu!!!

Something

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,hari ni semuanya berjalan dengan lancar.Semua persediaan yang telah dirancang bagi menyambut Hari Guru di SHAMS telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Tak dapat dinafikan betapa letihnya ana hari ni.Tapi demi guru tercinta,apa salahnya. Lagipun, setahun sekali jer.Tak gitu???
MyEm0.Com


Nak dijadikan ceritanya,hari ni ana telah diberi tugas khas oleh auntie fifiey iaitu membantunya membawa beberapa lori yang berisi penuh dengan hadiah,and guess what,semuanya bersampul warna hijau!!!Arghh!!!Tidak!!!

Diriku kepeningan kerana telah melihat begitu banyak benda berwarna hijau pada tahun ini.

Kita terus kepada agenda yang seterusnya.Macam-macam kejadian yang jadi pada hari ni.Ana minta maaf banyak-banyak,ana memang malas nak cerita kat korang semua.

Jadi secara keseluruhannya,majlis hari ni memang gempak.Tak sia-sia kitorang mari sekolah kelmarin untuk buat gotong-royong.Hasilnya sungguh-sungguh-sungguh memuaskan. Alhamdulillah...

Untuk semua guru guru kami,kami nak ucapkan Selamat Hari Guru!!!

We All Of You!!!

NUHIBBUKUM Fillah...

Semoga cikgu-cikgu sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki serta apa-apa jer yang baik. Halalkan segala ilmu yang telah cikgu curahkan kepada kami dan restuilah kami.Doakanlah kejayaan kami.Sesungguhnya salah satu doa yang tidak dihijab ialah doa seorang guru terhadap anak didiknya.

Sentiasa saja coretan ana pada hari ni.

WAllahua'lam Bissawab...

Assalamualaikum WBT...


Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

Saturday, May 15, 2010

Hari Yang Tidak Berapa Memenatkan...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,setelah sekian lama ana tidak meng'update' blog yang dah bertukar warna sejak beberapa kurun yang lalu ini,akhirnya hari ini ana telah diberikan hidayah oleh Allah untuk meneruskan kerja murni ini.

Seperti biasa,ana akan bagi alasan yang sama setiap kali seseorang itu menyuruh ana update blog ini iaitu,"Saya malas!!",sambil membuat muka tak bersalah atau lebih dikenali sebagai TP(Tiada Perasaan).

InsyaAllah pada hari ini ana akan cerita sedikit kejadian di sekolah pada hari ini.Oleh sebab ana masih belum menemui pengisian untuk dikongsi dengan antum antunna sekalian,jadi...

.....................
....................................................................
......................................
...................................
............................
........
...
..
............................................................................................
..........................................
.................................
........................................................................
............................
.............................
..............................................
........................................................
......................................
..........................
.........
Jadi ana nak cerita jelah skit ngan antum semua hari ni.Hari ini ana telah ke sekolah yang tercinta untuk untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar bagi menjayakan gotong-royong perdana sempena sambutan hari guru yang akan berlangsung pada hari esok.
MyEm0.Com
Pada mulenyer ana ingat kitorang kene pergi sapu satu sekolah.Oleh sebab itu,kami sekelas (muslimat sahaja sambil memakai uniform kami yang berwarna hijau buat julung-julung kalinya)telah membuat satu rombongan bergerak ke dewan,nak tengok-tengok jugak lar kan kalau-kalau ade keje yang kitorang boleh buat.Sepanjang perjalanan ke dewan tu kami telah diperhatikan dengan satu pandangan aneh oleh hampir seluruh rakyat jelata SHAMS.
MyEm0.Com
Almaklumlah,mana taknyer,baju kami berlima belas adalah SAMA!!! Warna hijau lagi.
Aiseyh man you!!!Siap ade yang tanyer lagi,"Bakper ijaa ngat ooo??"
MyEm0.Com
Ehem...ehem...Harap maaf...kami kan Adik-beradik dalam kelas.Mestilah same.Ehehe...
MyEm0.Com
Last-last,kitorang terjumpa dengan Kak Fasyiha kat kafeteria sekolah.Dia bagitau kitorang yang kitorang kene buat keje kat dalam kelas jer.Err,baiklah!!!
MyEm0.Com
Jadi kitorang pun mula mengorak langkah menuju puncak kegemilangan SHAMS sekali lagi.(harap maklum,blok kelas tingkatan dua adalah blok yang tertinggi sekali di SHAMS)
MyEm0.Com
Sesampainya di kelas,kitorang pun memulakan tugas kitorang.Tak lama selepas itu,seluruh BPDS telah dipanggil untuk mencurah bakti di DEWAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ.Ana,Athirah dan 'Ainul pun membuka langkah dengan penuh bertenaga ke dewan tersebut!(harap maaf,perkara yang terjadi adalah sebaliknya.Ahaha,gurau jer)
MyEm0.Com
Setelah berada di dewan tersebut hampir dua jam,kitorang pun pulang ke kelas.Lepas tu,kitorang bergurau senda dengan adik-beradik sekelas kitorang dan kitorang pun balik.
MyEm0.Com
Tu jer sebenarnya nak cerita kat korang.Ahaha,suspensios jer...Walaupun apa yang ana ceritakan pada korang ni bukanlah sebagai satu pengisian untuk korang,tapi yang pasti ana tetap dapat sesuatu hari ni.Ana dapat rasakan ukhuwah antara ana dan kawan-kawan ana semakin erat.Alhamdulillah,Allah masih memberikan kita peluang untuk merasakan betapa manis persaudaraan kerana-Nya.Ikatan silaturahim ini akan ku jaga selamanya....InsyaAllah.
MyEm0.Com
Lepas ni,kalau ada cerita yang ana rasa nak cerita kat korang,InsyaAllah ana akan cerita kat korang semua okay.InsyaAllah lepas ni ana akan cuba untuk luangkan sedikit masa untuk update blog ni.
*sedang cuba membaca buku.uhuhu...
MyEm0.Com
p/s:24 Mei peperiksaan akan bermula!!!oh tidak!!!diriku masih malas untuk dating dengan seorang teman bernama B.U.K.U.!!!Ya Allah,berikanlah hambamu ini kekuatan untuk menimba ilmu,serta jauhkan diriku daripada kemalasan!!!Astaghfirullah...
MyEm0.Com
Setakat ni jer untuk hari ni...
Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)