Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Thursday, April 22, 2010

Ukhuwah Fillah Abadan Abada…

Ukhuwah..itulah yang sedang ku perjuangkan.Ingin ku jaga ikatan persahabatan ini.Andai kau tahu niat ikhlasku,andai kau peduli isi hatiku,andai kau fahami keinginan yang lahir tulus dari hatiku.

Walau hanya sekali,izinkan aku berdiri di hadapanmu,sebagai seorang sahabat yang sentiasa mencintaimu kerana-Nya.Hapuslah air mataku walau seketika cuma,kerana diri ini sentiasa menyayangimu.Mungkin engkau tidak mengerti isi hatiku.Kusering menaruh harapan agar suatu hari nanti kau akan memahamiku.

Sahabat,andai pernah diri ini menyakitimu,hukumlah aku.Andai pernah diri ini bersalah padamu,hukumlah aku.Andai pernah diri ini mengambil jalan yang salah kerana menegur silapmu,kau fikirkanlah apa yang terbaik untuk dirimu!!

Aku yang bersalah!!Manusia…Tidak sempurna dan tidak akan pernah sempurna.Tidak mampu ku lari dari melakukan kesilapan.Ampunilah kekhilafan diri ini.

Ya Rabbi…Ya Rahman…Ya Rahim…Andai ukhuwah ini terbina semata-semata kerana-Mu,maka engkau jagalah ukhuwah ini.Tidak kami sanggupi andai ukhuwah ini retak.Tidak pula kami rela andai ianya hancur berkecai,berterbangan bagai debu ditiup angin.

Ya Allah,andai jalan yang ku ambil bagi menegurnya adalah jalan yang salah,maka Engkau hukumlah aku.Jika inilah yang terbaik buat dirinya,aku mohon Engkau cekalkanlah hatiku,menghadapi dugaanMu ini,Ya Allah!!!

Namun andai belum masanya dia menerima semua ini,maka Engkau jadikanlah suatu hari nanti,dia menitiskan air mata,menangisi kesilapan dirinya.Semoga semua itu belum terlambat buat dirinya.

Sahabatku tercinta,
Ku biar kalam berbicara,
Menghurai maksudnya di jiwa,
Agar mudah ku mengerti,
Segala yang terjadi,
Sudah suratan Ilahi.

Ku biarkan pena menulis,
Meluahkan hasrat di hati,
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa,
Tak pernah ku ingini.

Aku telah pun sedaya,
Tak melukai hatimu,
Mungkin sudah suratan hidupku,
Kasih yang lama terjalin,
Berderai bagaikan kaca,
Oh teman, maafkanlah diriku,

Oh Tuhan,
Tunjukkan ku jalan,
Untuk menempuhi dugaan ini.

Teman,
Maafkan jika ku melukaimu,
Moga ikatan ukhwah yang dibina,
Ke akhirnya.

Aku tidak kan berdaya,
Menahan hibanya rasa,
Kau pergi meninggalkan diriku,
Redhalah apa terjadi,
Usahlah kau kesali,
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi.

*dedikasi istimewa kepada sahabat-sahabat serta mereka yang mengenali diri ini.Tidak kira walau dimana dikau berada,dirimu tetap dihati.Ukhuwah Fillah Abadan Abada...
Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

1 comment:

  1. best lah entry2 awk, ukhti sabrina cumil cumil.. hihi..

    ReplyDelete