Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Monday, April 5, 2010

Manis...Bisa Atau Penawar???

Salam...

Disaat ini ana sedang curi-curi berblogging dgn Mak Cik Fifiey yang 'comel'(menurut katanya,sejauh mana kebenarannya tidak diketahui)setelah di'pulau' selama beberapa saat oleh kawan-kawan kitorang.Akhirnya ana berbaik hati untuk menulis semula di blog yang tercinta ini setelah diugut oleh beberapa batang manusia,serta diberitahu oleh mereka bahawa blog ana telah bersarang labah-labah.Uhuhu...

Oleh sebab ada sedikit kelapangan pada hari ini,walaupun kami cuma mencuri masa di dalam makmal komputer sekolah kami atas arahan guru kami(tak main ar seludup-seludup masuk eyh,takde class...chewah)jadi sudilah kirenyer ana berkongsi sedikit pengisian dengan korang semua pada hari raya yang mulia ini...
*sabbiknyer!!!
Pengisiannyer ialah pasal sepatah perkataan yang biasa dah kita dengar.Bak kata orang Terengganu,"Sokmo owh!!".Baiklah kanak-kanak,perkataan kita pada hari ini ialah 'manis'...

Apa itu manis??Adakah manis itu racun berbisa??Ataupun ianya merupakan penawar luka??Ahahaha...Ni nak citer ni...

Kebanyakan makhluk Allah akan kata manis ini ialah bisa sebab kononnya manis ni boleh jadi punca penyakit berbahaya.Sebagai contoh,penyakit diabetes sebabnyer terlebih kandungan glukos dalam darah.Kononnyerlah.Ana ni bukannya guru biologi yerk...Tak tau sangat masih benda-benda macam ni.Masih jahil tentang ilmu perubatan ni.

Tapi hari ini kita akan fokuskan perkataan 'manis' ini sebagai salah satu penawar dalam kehidupan.Manis ni berfungsi sebagai penawar untuk mengubati hati yang luka.

Sebagai contoh,apabila kawan kita sedang bersedih,lepas tu kita pergi duduk kat tepi dia,and then kita pun hulurkan satu 'senyuman yang manis' untuk dia.InsyaAllah,hatinya yang sedang dalam keadaan sedih itu akan kembali berbunga semula.

Lebih-lebih lagi kalau senyuman yang kita hulurkan tu merupakan sebuah senyuman yang ikhlas.Lagilah bertambah powernya!!!

Senyuman yang manis lagi ikhlas itu boleh menjadi penawar kepada hati yang luka,penyembuh kepada jiwa yang pedih.Erk,lebih kurang macam tu lar.Ana ni bukannya pandai sangat keluarkan kata-kata puitis.

Tambahan pula,senyum itu kan sedekah.Apa salahnya kalau kita amalkan sebagai rutin harian kita.Barulah takder orang yang akan kata kita ni sombong lepas ni,betul tak???

Jadi camtulah kirenyer,ana pun tak larat nak sambung dah ni.Moga-moga korang bolehlah ambik pengajaran daripada apa yang ana cakapkan pada hari ni.

Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

No comments:

Post a Comment