Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Sunday, February 14, 2010

Sila Jangan Sambut VALENTINE's DAY ye,adik-adik...



Salam...



Sebenarnya akak dalam mood malas nak berblogging sebenarnya tapi dirajinkan jugak diri ni sebab akak tak tau nak buat apa.Sadis betul...Jadi hari ni akak akan buat dua post sekaligus sebab 14 Februari 2010 ada dua event.

Bersempena dengan hari ni yang kononnya korang anggap sebagai hari yang sesangat 'special'(uwekks),akak nak tulis satu post untuk korang.Sebenarnya bukan akak yang tulis.Akak cuma main copy and paste jer dari blog Kak Syahirah.Almaklumlah,akak ni pun bukannya orang yang ada banyak ilmu sangat.

Akak ambik sikit kat blog dia,kalau korang nak tengok yang sepenuhnya,korang singgahlah kat blog dia.Banyak lagi pengisian lain yang korang boleh ambik kat sana.

Okey,sekarang kita start lah topik kita.Hari ini giliran *Profesor Sabrina* pulak bercakap.Sila jangan dengki ye,Adik Alya.Okey,melalut lelebih plak!!!

Sekarang akak nak bagitaulah sikit kat korang ni pasal sejarah Valentine's Day ni ye,adik-adik.Calon-calonnya ialah....Jeng...jeng...jeng...

  • Valentine,seorang paderi yg berpengaruh besar pd zaman Ratu Isabela di Sepanyol yg mempunyai pengaruh besar semasa menjatuhkan kerajaan Islam d Cardova,Sepanyol.14 Feb disambut utk meraikan kejayaan menjatuhkan Islam!

  • Valentine seorg paderi yg menjatuhkan Islam.mempunyai 2 org kekasih,seorang beragama Islam,seorang lagi beragama kristian protestan.

  • Valentine seorg paderi yg dibunuh pada 14 Februari krn menentang kerajaan Rom.. pembunuhannya yg dianggap simbol ketabahan dan keberanian disambut oleh pengganut agama kristian katholik..

Yah!!Itu dia...Sejarah hari kesayangan kebanyakan manusia yang bercouple.Tak ke special hari ni bagi mereka!!!Kesimpulannya,tidakkah kita sedar yang sebenarnya hari ini dalam sejarah ialah hari kejatuhan agama kita?Kita menyukai sesuatu yang tersurat cukup indah tetapi maksudnya yang tersirat ialah perkara sebaliknya.


Perkara yang kita sendiri tidak mahu terjadi pada agama kita sebenarnya telah terjadi pada hari ini!Tarikh ini!Takkan tak sedar lagi kot!!!

Unless kalau birthday orang tu bertarikh 14 Februari jugak,tu cerita lainlah,yerk!Kebetulanlah tu,jangan marah plak kalau terasa.Maksud akak lain.Korang jangan pergi marah dia plak sebab birthday dia hari ni.

Nanti tak pasal-pasal plak korang dapat 'cap mohor' percuma kat muka.Ada corak tangan lagi.Cukup lima jari kat situ.Tak ke padan muka!

Balik semula kat topik kita tadi.Jauh plak menyimpang!!So kiranya akak harap korang pahamlah yer apa maksud akak.Lagipun nak buat apa sambut hari ni.Buang masa korang aje..

Lagi baik kalau korang buat perkara yang betul sikit.Ada jugak pekdahnye.Ni tak, mengabihkan boreh ja(bahasa standardnya ialah 'menghabiskan beras saja')wak lolok ah.Tapi gitular maknenyer,korang paham-paham sendiri la yerk...Korang pun akak rase sumenye pegi sekolah.Takkan perkara semudah ni pun korang tak faham.

Plus,kalau korang setakat bercouple je pon,tetap tak boleh!Ni kan pulak sampai sambut Valentine's Day yang tah pape tu!!




*******************************************************************




WALA TAKRABUZZINA




*mafhumnya,"dan janganlah kamu mendekati zina"*




*************************************************************




Hah!Tengok tu,Allah tak bagi kita mendekati zina.Apatah lagi melakukannya.Lagilah tak boleh!!Jadi akak harap sesangatlah supaya korang ni sedar kesalahan korang dan cuba untuk berubah.

Islam dah pernah jatuh,takkan kita nak tengok agama kita ni tumbang sekali lagi.Mungkin kita tak dapat kembalikan kegemilangan Islam sepenuhnya macam dulu,tapi sekurang-kurang kita usaha.Kejayaan tu cerita lain,yang penting ialah usaha.Usaha kita yang dipandang orang!!

Jadi akak harap korang bolehlah ambik pengajaran daripada topik pertama kita hari ni. Kalau tak boleh ambik banyak,sikit pun jadilah.Janji korang ambik.Akak bukannya mengharapkan balasan tapi akak cuma harap usaha dan keletihan akak sebab kena taip banyak-banyak untuk korang ni berbaloi. *perhatian,gambar kat atas tu adalah untuk topik pertama.Tidak antara kena mengena dengan topik kedua samada secara...apa-apa jelar!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tajuk kedua pulak kita ialah pasal orang Islam yang sebahagiannya samada diorang sedar mahupun tak,suka sangat sambut perayaan agama lain.Sebagai contoh,Tahun Baru Cina.Berdosa,tau tak?

  1. Oh,baru sedar
  2. Lar,betul ker?
  3. Pesal plak?
  4. Takkan sampai camtu skali kot?

Kepada saper-saper yang 'terr'keluar soalan -soalan seperti contoh diatas sana,sila angkat kaki anda.Hahaha!!!

Okey-okey,serius!!!serius!!!Sebenarnya Allah dah tetapkan yang umat Islam ni cuma boleh sambut dua perayaan besar aje,iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.Yang lain tak boleh tau!!

Bak kata Pak Cik Cowboy Mister Potato,"Tiada kompromi!!".Tak ada pengecualian sama sekali!!

Jadi gitular kirenyer,tak payah nak ngade-ngade sambut hari raya diorang lar.Tak puas hati ker sebab boleh pakai baju kurung,baju melayu dan yang sewaktunya?Nak pakai cheongsam plak ker?Ikut suka hati koranglah,janji tutup aurat.

Tak salah kalau nak pakai cheongsam tu ataupun pakai baju-baju pape jelar asalkan korang tutup aurat dan pakaian tu tak menyimpang daripada akidah kita.Yang salahnya ialah menyambut perayaan agama lain.(ayat ngokngekngokngek,harap-harap korang paham)

Setakat ni jelar untuk hari ni.Moga-moga korang boleh ambik pengajaran daripada post akak hari ni.Yang paling penting,korang faham apa yang akak bincangkan hari ni.Jadi,taklah terjadinya kejadian 'SSS' atau bahasa mudahnya 'Sabrina Syok Sendiri'.

Kalau korang tak faham,tanyelar.Kalau akak boleh tolong,InsyaAllah akak tolong.

Wallahua'lam Bissawab.

Assalamualaikum WBT.


Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

1 comment:

  1. Amboi, Sabrina. Panjang berjela post awk ye. Naik pening saya bace.

    ReplyDelete