Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Friday, January 22, 2010

Lawaknyer...

Assalamualaikum WBT...
Hari ni sebenarnya akak takde story pon nak kasitau kat korang...
Oleh sebab tu,akak pon 'copy' satu cerita daripada blog kawan akak yang akak panggil Kak Ti...
Harap korang terhibur dan boleh ambik pengajaran daripada cerita ni,okey?
So,let's get start!!!


Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
Bayangkan benda ini berlaku pada anda...
Suatu hari pada masa Solat Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu…

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah….


Macam mana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
Selain terhibur anda fikirlahlah…

" Lawakkan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… "


" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan Allah bila menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…"


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…"


"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar dan majalah daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada Allah..alahai.. tak cukup..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..


*******************************************

Jadi akak harap sambil-sambil korang terhibur tu,korang boleh terima mesej yang nak disampaikan dalam cerita ni.Semoga kita boleh mengubah perspektif umat Islam hari ini yang terlampau takut pada manusia sedangkan Allah adalah pencipta kita yang sebenar,yang patut kita takuti,yang harus kita geruni,yang mesti kita patuhi suruhannya dan kita jauhi larangannya.

Apasal nak takut dengan manusia.Diorang tak boleh makan kita pun.Kalau diorang lapar,makanan jugak yang diorang sumbat dalam mulut diorang,betul tak?
Betul...Betul...Betul...

Kalau korang ada masa,korang bolehlah pergi ziarah kat blog kawan akak tu.Berlambak lagi cerita-cerita Islami yang ada kat blog dia.Sambil-sambil korang baca,ambiklah pengajarannya,yerk?

Okey ar,setakat ni saja untuk hari ni.
Wallahua'lam Bissawab.
Assalamualaikum WBT...
Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

No comments:

Post a Comment