Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Saturday, January 2, 2010

Happy New Year vs Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...
    
     Setelah begitu lama menyepikan diri,ana telah mengambil keputusan menulis semula di blog ana ni.Sebenarnya ana tiada topik untuk dikongsikan bersama.Cuti ni pun ana tak pergi mana-mana.Duduk kat rumah jer.

     Mulai hari ini,ana telah keputusan untuk menggelar diri ana sebagai 'kak' kerana ana secara tidak rasminya telah bergelar 'kakak' di sekolah kebanggaan akak ni.Upgrade ah sikit.Naik pangkat...jangan jadi takbur sudah.Duk mengarah orang sana sini sesuka hati dia jer.Hopefully I'm not going to be like that...

     Buku pun akak tak kemas lagi ni.Baju dah lama dah akak gosok.Semangat nak pergi sekolah.Harap-harap tahun ni akak akan lebih bersemangat untuk belajar dengan persekitaran yang baru,classmates yang baru,baju baru,tempat duduk baru,dan banyak lagilah.

     Bagi kawan-kawan akak yang berjaya menempatkan diri di kelas hadapan,akak ucapkan tahniah.Bagi yang masih belum berkesempatan,la tahzan,jangan bersedih dan yang paling penting jangan putus asa.Teruskan usaha.Bak kata kak 'Ainul,"Chaiyok!Chaiyok!"

     Kalau menangis air mata darah sekalipun,benda dah jadi.Takdir dah tertulis macam tu.Redha jelah.Let bygone be bygone orang putih kata.Esok kan masih ada.Cuma kita tak tahu jer apa yang menanti kita pada hari esok.Yesterday is history,today is reality and tomorrow is mistery.Mungkin apa yang ditakdirkan untuk kita pada hari esok adalah jauh lebih baik daripada hari ini.                                     

     Di kesempatan ini juga,akak nak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya menempatkan diri di SMKA Sheikh Abdul Malek termasuklah adik kepada akak sendiri iaitu Nurul Farhana Filza atau nama glamornya 'Farhana'.Akak ucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua.Ahlan Wasahlan!




Welcome Myspace Comments

     Sekarang mari kita tukar topik.Sebenarnya akak nak cakap pasal benda lain tapi tak salah kalau kita 'warm up' dulu.Jadi,nilah topik yang akak nak cakap sebenarnya.

     Topik ni mengenai diri kita sendiri juga yang lebih mengagungkan 1 Januari berbanding 1 Muharram.Cuba kita renungkan,sekiranya tiba bulan Januari,ramai yang bersorak kegembiraan,banyak tempat yang mengadakan pesta-pesta tetapi apabila tiba tarikh 1 Muharram ,suasana langsung tak meriah,senyap sunyi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

     Memang Maal Hijrah pada tahun ini ramai yang bersorak kegembiraan namun bukan kerana menyambut tahun baru ini,tetapi kerana kejayaan pasukan bola sepak negara menjuarai acara bola sepak dan sekaligus menamatkan penantian setelah 20 tahun kehausan pingat emas dalam acara tersebut.

     Sekiranya akak berkata bahawa akak langsung tidak gembira dengan kejayaan tersebut,akak sememangnya menipu.Tak salah jika ingin bergembira,tapi dalam kegembiraan itu,berpada-padalah.

     Kebanyakan umat Islam lebih memilih untuk meraikan tahun Masihi berbanding tahun Hijrah.Cuba kita renungkan.Sekiranya tidak diberitahu sekalipun mengenai perkara ini,sudah pasti ramai yang sudah menyedari tentangnya.Cuba renungkan dan selamat beramal.

     Setakat ni jer untuk topik kali ni.Memang sigkat tetapi bagi mereka yang ambil peduli,perkara ini sememangnya harus diambil perhatian dan juga diamalkan kerana sesungguhnya punca kejatuhan umat Islam ialah kerana mereka mengetahui perkara yang betul tetapi mereka tidak mengamalkannya.

     Bagi mereka yang sudah  mengamalkannya,akak ucapkan tahniah.Bagi mereka yang masih berusaha untuk berubah pula akak ucapkan semoga berjaya.Secara keseluruhannya,akak mendoakan agar kita dapat mengembalikan zaman kegemilangan Islam serta mengekalkannya buat selama-lamanya.InsyaAllah.

Sekian,
Wallahua'lam Bissawab
Assalamualaikum WBT.

Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

No comments:

Post a Comment