Doa Rabitah...

اللُّهُمَّ إِنَّ هَذَا اِقْبَالُ لَيْلِكَ وَاِدْبَارُ نَهَارِكَ وَاَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْلِيْ اَللَّهُمَّ اِنَّكَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذِهْ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وتَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِك فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلاَءْهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لَا يَخْبُوْ وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ...اللَّهُمَّ آمِيْنَ

Sahabat Blogger...

Thursday, January 21, 2010

Dugaan Ini Tak Pernah Kuduga...

Assalamualaikum WBT...

Hari ni nak cerita ah skit perasaan akak setelah tiga minggu pegang jawatan sebagai pengawas kat sekolah yang tercinta ni.Seperti yang dah sedia maklum,memang jadi pengawas kat sekolah menengah ni jauh berbeza daripada jadi pengawas kat sekolah rendah.Boleh katakan kalau dibandingkan keadaan kat sekolah menengah dengan sekolah rendah ni memang jauh berbeza,bahkan terlalu jauh bezanya.

Terkadang tu keadaan ni ada jugak buat akak menangis,terfikirkan betapa jahilnya diri akak.Akak sendiri pun sebenarnya rasa bersalah jugak dgn sebahagian schoolmates akak sbb tegur diorang kasar sangat.Mungkin salah diorang sebenornya sampai akak bertindak sampai macam tu sekali,tp akak pasti yg akak pun x terkecuali melakukan kesalahan.

Niat akak sebenarnya nak tengok diorang berubah jadi lebih baik,bukannya melawan bila akak tegur supaya diorang x ulang kesalahan diorang.Tapi akak tetap bersyukur sebab bukan semuanya macam tu.Alhamdulillah...Ada jugok pelajar yg datang mitok maaf atas kesalahan diorang bile akak tegur diorang.Bagus betullah korang ni.Pelajar macam nilah yg kita perlukan untuk kembalikan semula zaman kegemilangan Islam di mata dunia.Sekurang-kurang-kurangnyer terubatlah jugok luka tercalar kat hati.

Tapi akak faham kalau ada pelajar yg masih belum boleh menerima teguran yang akak berikan.Mungkin cara akak salah dalam menegur orang lain.Akak minta maaf sangat-sangat pada sesiapa yang ada terasa hati ataupun jantung atau paru-paru atau usus atau telinga atau mulut atau hidung dengan akak.(banyok pulok perkataan 'atau').

Dugaan ni memang berat buat diri akak,tapi akak husnuzzon(bersangka baik) jelah,fikir positif dan yakin pada diri akak yang akak boleh hadapi semua ni.Allah takkan berikan ujian yang melebihi had kemampuan hambanya.Yang pasti,akak tetap memegang teguh kepada quote akak iaitu 'KEEP MOVING FORWARD'.

Walau badai datang menimpa,akanku kuatkan hatiku,cekalkan jiwaku menghadapi dugaan Yang Maha Esa, kerna ku tahu Dia lebih mengetahui segala-galanya.Allah tahu bahawa kita boleh hadapi ujian tu,sebab tu Dia bagi kat kita.KIta kena yakin yang walau seberat mana dan sehebat mana ujian tu mampu mematahkan kita,sebenarnya kita lebih kuat untuk menyerang balas(paham dok ayat kat atas ni?klu x paham kabo ar.InsyaAllah akak akan terangkan semula)

Akak harap korang dapat maafkan akak.InsyaAllah lepas ni akak akan memperbaik diri akak supaya akak boleh tegur korang dengan cara yang lebih baik.Almaklumlah,akak ni cuma manusia biasa yang takkan bisa terlepas daripada melakukan kesilapan.Kalau ada sesiapa yang rasa akak ada buat salah apa-apa ker,just let me know,okay?Tulis aje dalam shoutbox kat tepi tu.Kalau tak nak tulis kat situ atau nak hantar komen yg bersifat private sikit ker ,hantar je email kat akak(sabrinasyarfa@yahoo.com.my)  Korang tak payah risaulah kalau-kalau akak marah bila baca komen korang because you and your comment are welcomed.Memang akak harap sesangat komen daripada korang,memang penting buat diri akak.

*********************************************************

Akak nak cerita pasal hari ni pulok ar.Sebenarnye ada banyak jugak kejadian hari ni.Antaranya ialah kejayaan rumah sukan akak iaitu rumah biru menjuarai kejohanan merentas desa yang boleh dikatakan sebagai acara tahunan sekolah akak.Kembang sedewan(ade ker perbandingan ni?) akak tadi.Walaupun terpaksa duduk kat tempat belakang sekali sebab baru balik dari perjumpaan BPDS,akak tetap bangge.Tapi walaupun akak gembira,bukan sampai melolok melalang macam orang gila.Kawal-kawal ah sikit.Kan orang lain kata mende pulak,tak gitu?

Masa merentas desa pulak,ada sorang budak tu(bukan pelajar sekolah kitorang)kena maroh di akak.Padan muka ko,sape suruh kacau kawan orang sangat.Hahaha...puas hati!Dohla budak tu muslimin,tapi gi kacau muslimat.Dok tahu malu sungguh lar...Akak memang alergic dengan budak-budak yang bersifat 3G (bermaksud 'galok','gatal' dan 'gelenyai').Takdop kesedaran sivik ker?Ker dok belajar?Kesian ana tengok anta...

Rase-rasenyer hari ni saja,empat kali doh akak naik angin.Ramai jugok hok kene maroh di akak(bukan maroh macam tengking-tengking gitu,cuma tegur dengan nada yang berbaur sinis sikit)Harap-harap korang boleh berubah.Sedih akak tengok korang macam ni tau...

Okey ar,rasenyer banyok pulok blebe hari ni...
Kalau ada story lagi,nanti akak bagitau kat korang,okey?

Se agi,akak nak bagitau kat korang yang korang boleh panggil akak dengan panggilan 'kak' kalau korang ni berumur 13 tahun dan kebawah sahaja.Yang selebihnya boleh panggil akak dengan panggilan 'ukhti' atau 'anti' atau 'Sabrina'...Keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi dengan apa cara sekalipun,understand?Kalau faham bagus ar.Kalau tak faham,akak harap korang rajin-rajinkan diri kesekolah....

Setakat ni je lar untuk hari ni...
Wallahua'lam Bissawab...
Assalamualaikum WBT...
Syukran sudi baca.Sebarang komen amatlah dialu-alukan =)

No comments:

Post a Comment